• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20,000 Kunjungi Rumah Terbuka Kabinet Sabah

oleh Ahmad Albab
17/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kira-kira 20,000 orang mengunjungi majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jemaah Kabinet Sabah di sini hari ini.

Majlis rumah terbuka bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari itu menghidangkan pelbagai juadah menarik, termasuk sate, ketupat, lemang dan rendang.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kehadiran ramai tetamu pada majlis itu, yang diadakan di perkarangan Menara Tun Mustapha (Yayasan Sabah), Likas dekat sini memperlihatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

“Kehadiran ramai tetamu dari seluruh daerah di Sabah memperlihatkan bukan sahaja datang untuk menyambut hari raya Aidilfitri, tetapi ia menunjukkan sokongan mereka kepada kerajaan baharu negeri Sabah.

“Oleh itu kami harap semua rakyat di peringkat akar umbi dapat bersama-sama untuk terus memajukan Sabah ..dengan adanya penyatuan semua rakyat dan kerajaan…usaha kami untuk membangunkan Sabah akan dapat dicapai,” katanya.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R M Jasni.

Hadir sama adalah Timbalan-timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Datuk Jaujan Sambakong dan Christina Liew serta beberapa menteri Kabinet negeri. – BERNAMA

Tags: Rumah Terbuka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

Kerajaan Anjur Rumah Terbuka Di Kedah, Kelantan, Terengganu Untuk Dampingi Rakyat

Kerajaan Anjur Rumah Terbuka Di Kedah, Kelantan, Terengganu Untuk Dampingi Rakyat

28/04/2023
0

PUTRAJAYA - Kerajaan Persekutuan hanya terlibat dalam penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri 2023 di tiga negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd