• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Minta Suapan RM3,800 Direman 3 Hari

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang penjual percetakan dalam talian dan rakannya direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan meminta suapan berjumlah RM3,800.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Siti Huzaifah Abdul Talib di sini selepas menerima permohonan dibuat pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Khairi Abdul Karim.

Kedua-dua lelaki berumur 24 tahun itu direman bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dalam kejadian Selasa minggu lepas, kira-kira 11.30 malam, pengadu yang bekerja sebagai tukang tarik kereta, ke Persiaran Perdana Nilai selepas dimaklumkan mengenai satu kemalangan jalan raya.

Sebaik tiba, pengadu bergaduh dengan suspek yang terbabit dengan kemalangan, kerana seorang lagi pemandu yang turut terbabit dalam kemalangan itu, mendakwa dipukul suspek.

Selepas berbincang, kedua-dua pemandu terlibat bersetuju membuat laporan di balai polis.

Kira-kira 7 malam Jumaat lepas, pengadu dihubungi suspek melalui telefon dan meminta suapan RM5,000 sebelum diturunkan kepada RM3,800, sebagai balasan untuk menarik balik laporan polis kononnya ketika pergaduhan sebelum ini pengadu ada menghunus pisau kepadanya.

Susulan laporan daripada pengadu, suspek dan rakan ditahan semalam kira-kira 2 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga itu tiba di mahkamah kira-kira 10.30 pagi dan dilihat keluar pada 11.15 pagi. – BERNAMA

Tags: SPRMSuapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd