• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

19 Lagi ADUN Sabah Angkat Sumpah Hari Ini

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seramai 19 daripada 21 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang tidak menghadiri persidangan khas DUN semalam, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Datuk Syed Abbas Syed Ali, hari ini.

Kesemua mereka iaitu sembilan daripada UMNO; enam daripada Parti Bersatu Sabah); dua wakil Parti Solidariti Tanah Airku serta masing-masing seorang daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah dan UPKO mengangkat sumpah di Pejabat Speaker DUN, di sini.

Antara yang hadir mengangkat sumpah jawatan pada hari ini ialah Datuk Hajiji Mohd Noor (Sulaman); Datuk Masidi Manjun (Karanaan); Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut); Datuk Jahid Jahim (Tamparuli) ; Datuk Joniston Bangkuai (Kiulu); dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Tambunan).

Baki dua lagi wakil rakyat yang belum mengangkat sumpah ialah daripada UMNO iaitu Tan Sri Musa Aman selaku ADUN Sungai Sibuga serta Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas).

Nizam difahamkan sedang menunaikan ibadah umrah, sementara Musa pula dilaporkan oleh peguamnya sedang mendapatkan rawatan perubatan di lokasi yang tidak didedahkan.

Sementara itu, Hajiji ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata mereka akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan memberi khidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Semalam, seramai 43 ADUN termasuk empat ADUN dilantik mengangkat sumpah jawatan pada persidangan khas DUN yang juga merupakan sidang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu.

Upacara angkat sumpah tersebut didahului oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diikuti tiga Timbalannya iaitu Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Christina Liew; dan Datuk Jaujan Sambakong.

Turut berlangsung pada persidangan khas itu ialah pembentangan usul undi percaya kepada Mohd Shafie sebagai ketua menteri oleh Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri. – BERNAMA

Tags: angkat sumpah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

23/08/2023
0

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan berlangsung esok. (Ada rancangan nak melancong…atau ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd