Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong Perkenan Pelantikan Enam...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan enam anggota Suruhanjaya...

Satelit Pertama Ukur Angin...

PARIS - Satelit yang dicipta untuk mengukur corak angin global di Bumi dijangka...

Kewangan Islam Beroperasi Dalam...

KUALA LUMPUR - Sistem kewangan Islam global kini beroperasi dalam persekitaran ekonomi dan...

Kerajaan Terus Tingkat Keupayaan...

KUCHING - Kerajaan akan terus menggiatkan dan memperkenalkan langkah-langkah bagi meningkatkan keupayaan agenda...

16 ‘Tong’ Hadiah Tradisi Kazakhstan – Menantu Najib

DANIYAR Kessikbayez menafikan dakwaan terhadap bapa mentuanya, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi 16 tong hadiah kepada keluarga beliau pada majlis pertunangan dengan Nooryana Najwa pada 17 Jun 2011.

Lapor FMT, Daniyar berkata tidak pernah wujud 16 tong hadiah seperti didakwa oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir tetapi hanya 16 kotak hadiah diberikan kepada tunangnya yang menjadi sebahagian tradisi masyarakat Kazakhstan sebagai mahar.

Beliau membuat penjelasan ini sebagai tindak balas kepada tuntutan oleh Mahathir yang mendakwa kononnya ada melihat hadiah dalam 16 tong ketika dia pernah menghadiri majlis pertunangan tersebut.

“Ini adalah amalan lama Kazakhstan. Ia adalah amalan tradisi dari keluarga kami yang kami rasa bangga untuk dikongsikan warisan khazakh ini dengan keluarga Malaysia.

“Saya beli semua hadiah itu sendiri dan tidak melibatkan sebarang wang dari keluarganya atau kerajaan (Malaysia). Saya tidak ada apa-apa urusan atau perniagaan dengan kerajaan Malaysia mahupun ambil apa-apa wang dari rakyat Malaysia yang dikasihi,” katanya.

Daniyar yang pernah dituduh tidak mempunyai kelayakan akademiknya untuk masuk ke Universiti Columbia di Amerika Syarikat pada tahun 2015 lalu turut berkata, beliau berasa senang disambut di Malaysia.


Dengan menyatakan rasa hormat kepada Mahathir, beliau meminta pemimpin negara usia tertua dunia itu untuk menghentikan prasangka buruk terhadapnya yang dikaitkan dengan politik Malaysia.

“Saya percaya Mahathir, sebagai ahli politik yang bijak, bapa dan suami, boleh memilih antara apa yang salah dan apa yang patut dikatakan sebagai subjek politik,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori