• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Kematian Lemas Dicatat Di Johor Sejak Januari

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga belas kematian akibat lemas dicatatkan di negeri ini sejak Januari lepas sehingga kini termasuk kejadian terbaharu melibatkan dua kanak-kanak di lombong tinggal di Taman Suria, di sini, dua hari lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Mohd Shukor Fadzil berkata mengikut statistik, selain dua kanak-kanak itu, empat kematian lain adalah melibatkan warga emas manakala tujuh lagi orang dewasa.

“Kesemua 13 kematian ini merupakan daripada 12 kes lemas. Empat kematian masing-masing dicatatkan berlaku di sungai dan pantai, dua di laut, dua di lombong manakala satu di tasik,” katanya yang dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Shukor berkata pengabaian terhadap aspek keselamatan merupakan antara faktor penyumbang kepada berlakunya kejadian lemas.

Beliau berkata orang ramai juga dilihat masih tidak peduli dan memandang remeh mengenai keselamatan mereka di kawasan air walaupun mengetahui banyak kes lemas dilaporkan menerusi media.

Katanya kawasan tapak pembinaan terbiar yang ‘popular’ dalam kalangan kaki pancing juga disifatkan sebagai berbahaya kepada orang awam.

Sehubungan itu, Mohd Shukor berpandangan pihak berwajib perlu menutup atau mendirikan pagar di kawasan sekeliling bagi mengelak daripada dicerobohi orang awam.

“Ibu bapa pula diharap memantau pergerakan anak masing-masing, menasihati mereka supaya berhati-hati dan menjauhi kawasan air yang berbahaya selain memastikan anak mereka berada di bawah jagaan orang dewasa.

“Banyak kes berlaku di mana rakan-rakan yang berniat membantu rakan mereka yang lemas turut terkorban kerana tidak mahir berenang,” katanya lagi.

Dua hari lepas, kanak-kanak perempuan, Norfifi Allysa Natalia Abdullah, 12, dan kanak-kanak lelaki, Mohamad Affiq Afnan Abdur Razzaq, 9, lemas ketika mandi di kawasan lombong tinggal di Taman Suria berkenaan, bersama lima rakan mereka.

Mayat Norfifi Allysa Natalia ditemui pada 6.26 petang manakala mayat Mohammad Affiq Afnan, pada 8.30 malam, hari yang sama. – BERNAMA

Tags: Johormati lemas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

FIFA Siasat Salah Laku Dua Pegawai Pasukan Jerman

Next Post

Pemilik Kilang Dipenjara Sehari, Denda RM10,000

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

Next Post

Pemilik Kilang Dipenjara Sehari, Denda RM10,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd