• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11,000 Anggota Bomba Bertugas Aidilfitri Ini

oleh Haris
13/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kira-kira 11,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dijadualkan bertugas sepanjang waktu pada musim perayaan Aidilfitri untuk tahun ini.

Menurut Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid, cuti perayaan lebih kurang 20 peratus daripada jumlah anggota JBPM sebanyak 14,500 di seluruh negara telah dibekukan.

Jelasnya, terdapat anggota bomba yang akan turut bertugas di semua lebuh raya utama negara sepanjang Hari Raya Aidilfitri ini bagi memantau pergerakan trafik kenderaan.

Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid.

“Selain mereka yang tertugas di 290 balai bomba seluruh negara, kita juga meletakkan anggota di 18 lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Pantai Timur untuk memantau pergerakan trafik orang ramai pulang ke kampung halaman.

“JBPM bekerjasama dengan agensi-agensi untuk menjalankan tugas pemantauan sepanjang sambutan Aidilfitri,“ katanya memetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohammad Hamdan memulakan tugasnya sebagai Ketua Pengarah JBPM yang baharu berkuat kuasa semalam.

Ketibaan beliau di Ibu Pejabat JBPM pada hari ini disambut pengurusan kanan dan pegawai-pegawai jabatan berkenaan.

Sebaik tiba, beliau menerima tabik hormat dan seterusnya melakukan pemeriksaan kawalan hormat kepada perbarisan.

Mohammad Hamdan sebelum ini memegang portfolio Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan JBPM sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah menggantikan Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim yang bersara wajib pada 2 Mei lalu.

Selain itu, beliau juga pernah menjawat Pengarah JBPM Wilayah Persekutuan serta Penolong Ketua Pengarah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan JBPM. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: AidilfitriJBPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd