• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Minit Bantuan Kecemasan Sampai Di LPT2 – APM

oleh AK-47
11/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu memberi jaminan sebarang kecemasan termasuk di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) akan dilayani dalam tempoh 10 minit, pada Aidilfitri ini.

Pengarahnya, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman, berkata ia berdasarkan sejumlah 420 kakitangannya yang berkerja untuk Ops LPT2, Ops Bantu, dan Ops Selamat.

Katanya, rondaan akan dilakukan sepanjang 15 hari secara bergilir-gilir, oleh anggota yang bertugas.

“Ops Bantu membabitkan rondaan di jalan-jalan negeri bagi membantu pengguna yang terbabit dengan kemalangan dan masalah teknikal lain, manakala Ops LPT2 pula, kita tempatkan anggota dan ambulans APM di susur keluar Bukit Besi, Dungun dan susur Keluar Chukai dan air putih di Kemaman.

“Kita jadikan sebagai ‘medic base standby’ supaya apabila berlaku kemalangan, bantuan kecemasan dapat diberikan segera kerana kita tahu jarak ke pusat kesihatan atau hospital jauh.

“Ini dapat mempercepatkan proses bantuan,” katanya selepas pelancaran operasi berkenaan di sini, hari ini.

Che Adam berkata, bagi Ops Selamat pula, pasukan APM akan ditempatkan di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Perasing, Kemaman, dan susur keluar Ajil, Kuala Berang.

“Selain itu pasukan kita dalam bersiap siaga di 21 kawasan panas dan risiko kemalangan termasuk di Setiu, Marang dan Dungun,” katanya yang menempatkan anggota mahir aspek mekanikal untuk beri bantuan segera kepada kenderaan rosak. – BH Online

Tags: APMjaminan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jet Pejuang F-15 AS Terjunam Ke Laut Okinawa

Next Post

Orang Muda Tidak Jauhi UMNO – Mohamad Hasan

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

‘Rakyat Perlukan Jaminan Kerajaan Sahkan Digital ID Selamat Diguna’

‘Rakyat Perlukan Jaminan Kerajaan Sahkan Digital ID Selamat Diguna’

02/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi jaminan kepada rakyat bahawa pelaksanaan sistem Identiti Digital Nasional atau Digital ID adalah selamat tanpa...

Next Post

Orang Muda Tidak Jauhi UMNO – Mohamad Hasan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd