• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Bimbang Usaha PH Buang Ramai Penjawat Awam

oleh
26/05/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJELANG kedatangan hari lebaran bulan depan, antara topik panas dalam kalangan rakyat ialah nasib ribuan penjawat awam bakal dibuang kerja oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Ramai kakitangan terlibat dilaporkan kesal mengundi blok tersebut ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu hanya kerana termakan propaganda PH sehingga sanggup ‘bunuh’ Barisan Nasional (BN) tanpa belas ihsan.

Kini, giliran mereka pula dapat menikmati hasil usaha kejayaan menumbangkan pentadbiran cemerlang 60 tahun BN dengan merasai sendiri sambutan Syawal dalam suasana sedih duka akibat diberhentikan kerja tanpa dijangka.

Terkesan dengan bahana penangan PH itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tampil menerusi kenyataan media untuk memohon kerajaan PH lebih bertanggungjawab membela kebajikan penjawat awam persekutuan tersebut.

Beliau yang juga Pemangku Presiden UMNO dan Pengerusi BN meminta pentadbiran baharu tidak menggunakan alasan hutang negara bertimbun atau mengurangkan kos kerajaan sebagai hukuman terhadap kakitangan terbabit.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau:

Saya terpanggil untuk menyentuh sedikit mengenai ribuan pegawai dan staf kerajaan ‘lantikan politik’, seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

Beliau mengambil keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan mereka, dengan alasan mereka bergaji besar dan bertindak sebagai kroni kepada Menteri dan ketua jabatan tertentu.

Perlu dijelaskan bahawa sebahagian besar daripada pegawai dan kakitangan ini bergaji sederhana dan rendah, ada antaranya yang menerima gaji mengikut Gred 17.

Dakwaan bahawa mereka menjadi kroni Menteri juga adalah tidak benar kerana mereka hanya dilantik dengan persetujuan dan rujukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), yang menentukan tangga gaji yang sesuai dengan jawatan dan kelayakan yang disandang.

Kebanyakan mereka ini adalah pemudahcara kementerian dan jabatan tertentu serta tidak menerima faedah secara menyeluruh dalam perkhidmatan awam.

Sebahagian besar mereka tidak dilantik secara terus seperti yang didakwa oleh banyak pihak, sebaliknya perlu melalui proses yang sama dengan penjawat awam lain, termasuk temuduga dan saringan kesihatan.

Oleh itu tidak timbul sama sekali anggapan bahawa kakitangan ini diambil terus oleh ketua jabatan masing-masing. Namun apa yang menimpa mereka sekarang mencerminkan ketidakprihatinan kerajaan terhadap perkara ini.

Apa lagi, mereka ini ditamatkan serta-merta ketika sedang bersiap sedia menyambut kedatangan 1 Syawal. Pasti ia menimbulkan beban dan keresahan.

Alangkah baik jika sebahagian besar mereka diserapkan ke perkhidmatan awam, supaya kerajaan PH dilihat benar-benar ingin membela nasib rakyat, dan bukan menghukum tindakan serta kerja mereka.

UMNO melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang tidak sihat dan tidak seharusnya berlaku.

Biarpun mereka adalah kakitangan sandaran, mereka mempunyai keluarga dan mulut untuk disuap. Fikirkanlah soal kebajikan anak isteri mereka selepas ini.

Jangan jadikan mereka sebagai sasaran mainan dan agenda politik. Mereka adalah rakyat yang memerlukan pembelaan dan mereka juga adalah pengundi kita.

UMNO juga bimbang bahawa cubaan kerajaan PH untuk beri gambaran tidak betul bahawa hutang kerajaan lebih tinggi daripada yang dilaporkan dahulu akan digunakan sebagai alasan untuk pecat lebih banyak penjawat awam dalam masa terdekat.

Rakyat tidak akan lupa bahawa hasrat parti DAP dari dulu lagi ialah untuk mengurangkan beratus-ratus ribu penjawat awam. Tidak mustahil bahawa ribuan penjawat awam ini hanya merupakan titik permulaan.

DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
Naib Presiden menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO
KUALA LUMPUR
25 Mei 2018

Tags: Ahmad Zahid HamidiPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd