• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Berkempen Dengan Menunggang Kapcai

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Kesibukan berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-14 yang masuk hari keempat hari ini tidak menghalang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa, biarpun seketika, untuk pusing keliling kampung dengan menunggang motosikal kapcai.

Ahmad Zahid, 65, pernah menyatakan bahawa motosikal terlalu dekat di hatinya kerana amat meminatinya, dan sehingga hari ini, beliau masih ada motosikal berkuasa tinggi dan kapcai.

Bermula dengan motosikal kapcai sejak menuntut di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. beliau kini sudah 40 tahun bergelar ‘biker’.

Malah Pengerusi Persatuan Superbike Malaysia (SAM) itu terus mencapai topi keledar lalu menunggang motosikal sebaik diminta berbuat demikian dalam Program Kembara Jalinan Kasih anjuran Jabatan Penerangan hari ini.

Sebenarnya, menunggang motosikal diperlukan untuk menjayakan program berkenaan disebabkan lima kediaman yang perlu dikunjungi dalam program itu terletak berjauhan selain perlu menempuh jalan yang agak sempit.

Apabila pulang ke kawasan, lebih-lebih lagi dalam tempoh berkempen, Ahmad Zahid seboleh-bolehnya mahu mengurangkan protokol bagi mendekatkan dirinya bertemu masyarakat setempat.

Namun akibat terlalu ghairah dapat menunggang motosikal sendiri, Ahmad Zahid tidak sedar beliau telah terlajak hampir 5 kilometer ke Pekan Bagan Datuk daripada rumah pertama yang sepatutnya beliau kunjungi.

Mujurlah seorang kakitangan Jabatan Penerangan memandu arah sehingga Ahmad Zahid kembali ke lokasi asal dan disebabkan perkara itu membuatkan suasana agak ‘kelam kabut’.

Turut menyertai konvoi motosikal itu, penyandang yang juga merupakan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Pantang berjumpa penduduk setempat, pasti dilambai dan disapanya mereka, dan secara kebetulan, beliau terserempak pula dengan calon lawannya daripada PKR, Pakhrurrazi Arshad yang sedang berkempen bersama jentera parti itu di Teluk Penikam.

Biarpun berlainan parti politik, Ahmad Zahid juga sanggup membuat pusingan-U dan berhenti seketika beramah mesra bersama Pakhrurrazi, yang merupakan sahabat lamanya, sebelum menyambung kembali program itu.

Dalam program Kembara Jalinan Kasih tersebut, pemimpin nombor dua negara itu mengunjungi lima buah rumah yang merupakan antara pengisian Program Majlis Kenduri Kampung bersempena Penyerahan Rumah Baik Pulih Strategi Lautan Biru Kebangsaan – Menghubung dan Menyatu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Parlimen Bagan Datuk. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd