• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan Didenda RM1,200 Buat Laporan Polis Palsu

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang wartawan didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, 2 Mei lepas.

Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar menjatuhkan hukuman itu ke atas Fong Kee Soo, 37, selepas lelaki itu mengaku memberi maklumat palsu secara bertulis di Balai Polis Perai, dekat sini pada pukul 9.14 malam, 2 Mei lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan jika dia gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Tertuduh yang masih bujang itu didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Fong yang diwakili peguam K. Kumarathiraviam merayu hukuman berbentuk denda dengan alasan itu adalah kesalahan pertama tertuduh dan kesalahan itu hanya melibatkan laporan polis palsu yang tidak mendatangkan kecederaan dan kesusahan kepada sesiapa.

Timbalan Pendakwa Raya, Nazratul Natrah Mohd Yusuf memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana perbuatan tertuduh membazirkan masa pegawai penyiasat untuk menyiasat satu kes yang tidak wujud.

Berdasarkan fakta kes, Fong didakwa membuat laporan polis bahawa dia disamun oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dengan menendang motosikal yang ditungganginya dari arah belakang sebelum mereka merampas beg galas miliknya dan melarikan diri di kawasan perindustrian menuju ke Jalan Chain Ferry, Perai dekat sini pada 8.30 malam, 2 Mei lepas.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati tertuduh telah membuat laporan polis palsu disebabkan masalah kewangan. – BERNAMA

Tags: berita palsuwartawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mohamed Azmin Kutuk Pembunuhan Rakyat Palestin

Next Post

Masalah Muara Cetek Sg. Merchang Selesai Akhir 2020

Related Posts

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

Pentadbiran Trump Tersilap Kongsi Pelan Perang Yaman Dengan Wartawan

Pentadbiran Trump Tersilap Kongsi Pelan Perang Yaman Dengan Wartawan

25/03/2025
3

WASHINGTON – Pentadbiran Donald Trump berdepan kontroversi terbaru apabila seorang wartawan secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam kumpulan perbincangan sulit...

Next Post

Masalah Muara Cetek Sg. Merchang Selesai Akhir 2020

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd