• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Myanmar Didakwa Cuba Rasuah Polis Marin

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang buruh kasar warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberikan suapan sebanyak RM1,600 kepada seorang penjawat awam, bulan lepas.

Soe Moe Thu, 33, membuat pengakuan bersalah ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Juraidah Abas namun mahkamah tidak merekodkan pengakuan itu sebaliknya menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan jurubahasa dan pengakuan tertuduh diambil semula,

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Insp. Mohd Yusaini Abu Bakar yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Pasukan Polis Marin Langkawi sebagai dorongan untuk melepaskan dirinya dan kesemua mereka yang ditahan daripada melakukan kesalahan menurut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/1963.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah (1), Persiaran Putra, Kuah, Langkawi pada 3.30 petang, 26 April lalu menurut Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd