• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Ditemukan Mati Dipercayai Disamun

oleh Ahmad Albab
07/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang wanita warga emas ditemukan mati dipercayai disamun di rumahnya di Taman Seri Duyong di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata mayat C. Shelliee, 67, dijumpai anggota keluarganya sebelum memaklumkan kepada pihak polis pukul 2.36 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada kecederaan fizikal ditemui pada anggota badan mangsa dan polis tidak menjumpai sebarang senjata yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu.

“Namun berkemungkinan berlaku kes jenayah dan kita masih menjalankan siasatan lanjut daripada pelbagai aspek bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya ketika kejadian, seorang menantu perempuan bersama tiga cucu wanita warga emas itu berada di rumah tersebut namun tiada kecederaan dilaporkan menimpa mereka dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Disamun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Rugi RM400,000, Tiga Jam Rolex Disamun

09/06/2022
0

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga dalam talian yang mahu menjual jam tangan mewah berjenama Rolex terpaksa berputih mata apabila dia disamun...

Kedai Emas Kerugian RM200,000 Disamun Hanya 2 Minit

15/12/2018
0

SUNGAI PETANI - Sebuah kedai emas di Jalan Ibrahim dekat sini, mengalami kerugian kira-kira RM200,000 hanya dalam tempoh dua minit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd