• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Bangladesh Maut Tersepit Mesin Sawit

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Seorang pekerja kilang warga Bangladesh maut setelah badannya tersepit pada mesin pengisar buah kelapa sawit di Kilang Kelapa Sawit Bukit Pasir di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip berkata kejadian kira-kira 3.48 petang itu berlaku ketika mangsa Sumon, 32, sedang melakukan kerja-kerja pengimpalan pada bahagian atas dan bawah jentera itu.

“Tiba-tiba rakannya terdengar jeritan mangsa dan ketika turun, rakannya mendapati mangsa berada di dalam gelong pengisar, tidak sedarkan diri serta badannya telah hancur,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata panik dengan kejadian itu, rakan mangsa lantas mematikan suis dan memaklumkan kepada pihak pengurusan kilang serta mereka cuba mengeluarkan mangsa sebelum memanggil pihak bomba.

Zaharudin berkata usaha mengeluarkan mengeluarkan mangsa yang tersepit memakan masa dua jam dan mangsa mengalami kecederaan teruk pada perut, kaki serta tangan dan disahkan meninggal dunia.

“Punca kejadian dipercayai berlaku apabila baju mangsa tersangkut dengan mesin pengisar buah kelapa sawit itu. Mayat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk dibedah siasat.

“Tiada unsur jenayah dalam kemalangan ini dan kita klasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tersepit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

07/10/2025
0

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar batu dalam kejadian di sebuah kilang memproses tar jalan raya di...

20 Minit Keluarkan Budak 4 Tahun Tersepit Lori Terbalik

20 Minit Keluarkan Budak 4 Tahun Tersepit Lori Terbalik

03/05/2025
0

SIK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sengsara hampir setengah jam selepas tersepit pada lori membawa muatan besi yang terbalik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd