• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Sambut Baik Usaha Kerajaan Wujud Kaunter Khas

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selamat, selesa dan menjimatkan masa; tiga faktor utama yang diberi perhatian oleh kaum wanita ketika berurusan di kaunter-kaunter perkhidmatan awam dan swasta.

Tinjauan Bernama di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sentul mendapati rata-rata golongan wanita yang ditemui menyokong usaha kerajaan mewujudkan kaunter perkhidmatan khas bagi golongan wanita di UTC dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) seluruh negara.

Seorang penuntut undang-undang, A. Sharmeera, 21, berkata golongan wanita akan lebih selesa sekiranya mempunyai kaunter khas untuk mereka sahaja.

“Sesetengah wanita bila berurusan dia segan nak beritahu hal peribadi, jika ada kaunter khas untuk wanita mereka akan lebih selesa dan.

“Saya cuma berharap pegawai yang akan menguruskan kaunter itu juga daripada kalangan wanita,” katanya.

Menyuarakan pandangan sama, Sarah Hashim, 28, berkata cadangan itu akan memberi banyak manfaat kepada golongan ibu.

Bagi Siti Manam Yaacob, 41, kaunter khas untuk wanita perlu diwujudkan kerana kebiasaannya golongan itulah yang mempunyai banyak urusan setiap hari.

“Saya sokong sebab ia boleh menjimatkan masa untuk kaum perempuan kerana banyak perkara yang kami perlu selesaikan setiap hari seperti menjaga anak, memasak, membeli barangan dapur dan jika ada kaunter khas untuk kami, urusan akan dapat dilakukan dengan cepat,” katanya.

Cadangan kaunter khas itu adalah antara tumpuan Manifesto BN dalam memberi penghormatan dan penghargaan terhadap wanita dengan memberi keutamaan kepada mereka selaku ‘Ratu Hati Negara’. – BERNAMA

Tags: KerajaanWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd