• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ular Tedung 10Kg Sorok Di Bawah Kusyen Kerusi

oleh AK-47
15/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

“KETIKA membuka pintu kedai untuk memulakan perniagaan, saya terkejut melihat kelibat ular tedung selar bawah kusyen dipercayai menyorok di situ, sejak semalam.

“Saya nampak ekor ular bergerak bawah kusyen, lalu saya menunggu rakan tiba kerana bimbang waktu itu agak gelap,” kata Zuhairi Salleh, 36.

Zuhairi, dari Jalan Rambong, Pulai berkata, ular tedung itu disedari masuk dan bersembunyi dalam kedai memproses ayam segar tempat dia bekerja itu pada 5.15 pagi tadi.

Beliau berkata, sebelum itu ada rakan memaklumkan ternampak ular di kawasan luar dan tidak menyangka ia menyusur masuk kedai itu.

“Saya memang berasa tidak sedap hati ketika hendak masuk ke kedai dan akhirnya saya ternampak juga kelibat ular berkenaan.

“Selepas itu saya menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menangkap ular tedung selar,” katanya.

Zuhairi berkata, mujurlah dia sedar lebih awal ular itu menyorok bawah kusyen tempat mereka berurusan dengan pelanggan.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan 5.20 pagi dan sampai ke lokasi 10 minit kemudian.

Beliau berkata, empat anggota mengambil masa 20 minit untuk menangkap seekor ular tedung selar di dalam kedai itu.

Beliau berkata, ular seberat sepuluh kilogram dan panjang lima meter berjaya ditangkap oleh anggota APM.

“Ular itu dipercayai keluar mencari makanan seperti tikus atau katak di kawasan kedai berkenaan selain perubahan cuaca,” katanya.

Justeru, orang ramai perlu berhati-hati apabila terserempak dengan ular berbisa di kawasan rumah dan segera menghubungi APM di talian 04-4701626 atau 999.

Menurutnya, ular tedung selar diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN ) sebelum di hantar ke habitat asal. – myMetro Online

Tags: APMular tedung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Farah Kena Kahwin Dulu Baru Boleh Duduk Sendiri

Next Post

Pendaki Kudung Dua Belah Kaki Tawan Everest

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Harga Petrol RON97, RON95, Diesel Kekal

Harga Petrol RON97, RON95, Diesel Kekal

04/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel, masing-masing kekal bagi tempoh 5 hingga 11 Januari ini. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Pendaki Kudung Dua Belah Kaki Tawan Everest

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd