• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ubah Tradisi UMNO, Bagi Muka Baru Terajui Negeri”

oleh Haris
21/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebagai permulaan baharu, UMNO digesa untuk membuang tradisi lama yang hanya membenarkan ketua bahagian untuk menjawat jawatan pengerusi perhubungan negeri.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zakaria, jawatan tersebut sepatutnya terbuka kepada semua pihak, termasuklah dalam kalangan pemimpin sayap parti yang berkredibiliti serta mempunyai imej bersih.

Jelasnya, perkara itu perlu digubal semula jika mahu memastikan parti tersebut terus relevan di mata orang ramai.

“Perkara ini perlu diubah jika ingin melihat UMNO terus relevan. Kenapa hanya ketua bahagian dibenarkan memegang jawatan pengerusi perhubungan UMNO negeri?

“Jika ada timbalan, setiausaha bahagian atau pemimpin sayap parti yang dilihat mempunyai kemampuan, bukan kesalahan untuk memberi laluan kepada mereka memimpin UMNO negeri.

“UMNO sering mengatakan untuk ‘meremajakan’ parti di semua peringkat, hakikatnya perkara ini tidak berlaku, malah suara sayap parti sering dipinggirkan,” katanya dipetik portal BH Online.

Mengulas gesaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta agar semua jawatan tertinggi dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, Zainuri menyifatkan semua pihak perlu menerima cadangan itu dengan hati terbuka.

Malah, Zainuri turut mencadangkan supaya jawatan presiden, naib presiden dan setiausaha agung UMNO dipertandingkan dan dipilih oleh ahli parti.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Bukan hanya jawatan ahli majlis tertinggi sahaja perlu ada pertandingan, tetapi juga membabitkan jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung UMNO.

“Biar ada pertandingan dan biar ahli memilih siapa yang mereka fikirkan layak untuk menerajui parti,” katanya.

Sebelum ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam tampil memberi cadangan agar jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden masing-masing diserah kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy serta ketiga-tiga jawatan tidak dipertandingkan.

Bagaimanapun, cadangan tersebut ditolak Khairy dengan menyifatkannya sebagai mengarut kerana dilihat memberi mesej yang salah kepada masyarakat mengenai hala tuju UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Ujarnya, tindakan sebegitu tidak boleh dilakukan sekiranya UMNO mahu kekal relevan dan kembali menambat hati rakyat selepas ini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: UMNO Selangorzainuri zakaria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN: UMNO Selangor Akan Tanding Lebih Kerusi DUN

PRN: UMNO Selangor Akan Tanding Lebih Kerusi DUN

14/07/2023
0

GOMBAK : UMNO Selangor mengesahkan parti itu akan bertanding di lebih lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya...

UMNO Selangor Serah Senarai Calon Dalam Masa Terdekat – Noh

UMNO Selangor Serah Senarai Calon Dalam Masa Terdekat – Noh

10/10/2022
0

UMNO Selangor akan menyerahkan senarai nama calon 22 bahagian parti itu yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd