Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Iktiraf Pelajar Cemerlang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar seiring dengan...

Suspek Tikam Bekas Kekasih...

MELAKA: Suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menikam bekas kekasihnya di Jalan Tun...

Eskalator Di Seluruh Negara...

PUTRAJAYA - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan memeriksa eskalator di seluruh...

Guru Agama Rogol Murid...

BANJARBARU - Keji! Ibarat harapkan pegar, pegar makan padi. Itulah perumpamaan yang sesuai...

Tunai Tanggungjawab, Wany Tak Sabar Nak Mengundi

MEMANG tidak dapat dinafikan bagi mereka yang baru kali pertama mengundi pastinya perasaan teruja untuk membuang undi adalah cukup tinggi.

Itulah yang dirasai oleh penyanyi, Wany Hasrita yang mengakui tidak sabar menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), esok.

Memetik BH Online, Wany berasa teruja dan bersemangat kerana ini pertama kali penyanyi berusia 26 tahun itu mengundi dalam pilihan raya umum.

Sehubungan itu, Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata dia telah membuat persiapan dengan mempelajari cara membuang undi dan peraturan yang perlu dipatuhi setiba di pusat undi.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya tidak mahu ketinggalan memilih pemimpin negara. Sebelum ini, saya hanya lihat tanggungjawab ini dilaksanakan ibu dan ayah.

“Kali ini, saya tidak mahu ketinggalan turun padang dan memangkah kotak undi. Sudah tentu saya sangat teruja. Awal-awal lagi saya baca panduan mengundi. Ibu dan ayah juga beri tunjuk ajar,” katanya dengan nada teruja.

Meskipun sibuk dengan jadual yang padat, pelantun lagu Menahan Rindu itu tetap memastikan dirinya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada pertiwi.


Dalam pada itu, dia turut berharap rakyat Malaysia membuat pilihan terbaik demi masa depan negara tercinta.

“Saya berharap calon atau parti yang menang dapat terus memajukan negara dalam semua aspek iaitu pendidikan, akademik dan ekonomi selain meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.

“Saya juga mahu melihat Malaysia sentiasa aman dan makmur. Ini kerana kita tahu banyak negara lain bergolak. Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat bersyukur kita masih aman,” ujarnya.

Sementara itu berkongsi mengenai perkembangan diri, Wany memberitahu dia telah melancarkan album mini pada awal bulan lalu.

Memetik sumber, difahamkan album berkenaan memuatkan lima buah lagu popular nyanyian Wany iaitu Menahan Rindu, Rintihan Rindu, Rindu Dalam Benci, Ewah Ewah dan Semaikan Cinta– MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori