• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Akan Buat Macam-Macam Di Saat Akhir

oleh Ahmad Albab
07/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melakukan bermacam-macam lagi perkara bagi menimbulkan emosi pengundi menjelang hari pengundian yang hanya berbaki dua hari lagi.

Menteri Pertahanan itu berkata menimbulkan emosi marah, simpati dan sedih dalam kalangan pengundi pada saat-saat akhir adalah sememangnya cara berpolitik Dr. Mahathir sejak dahulu.

“Walaupun telah menjengah usia 93 tahun, beliau masih tidak berubah… sekarang nak menziarahi kubur (bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham) Nik Abdul Aziz Nik Mat… saya tak tahulah ikhlas ke tidak.

“Di penghujung (kempen pilihan raya ini), mungkin ada banyak lagi perkara yang dia fikirkan untuk cuba menimbulkan emosi marah, simpati, sedih (pengundi),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Veteran Johor Bahru di Kompleks Belia dan Sukan Larkin di sini, hari ini.

Rancangan Dr. Mahathir yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu untuk menziarahi kubur Allahyarham Nik Abdul Aziz di tanah perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu hari ini, terbantut apabila dihalang keluarga bekas Mursyidul Am PAS itu.

Dalam pada itu, Hishammuddin juga mempertikaikan keikhlasan PAS yang kononnya mahu memperjuangkan nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan cara meletakkan lebih 20 veteran angkatan itu menjadi calon bertanding di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

“Kenapa tidak mengetengahkan calon-calon veteran dari dulu? Kenapa baru sekarang hendak ketengahkan ramai calon-calon veteran kita (ATM)?” katanya.

Pada PRU14 ini, PAS mengetengahkan seramai 24 calon dalam kalangan veteran ATM termasuk tujuh orang di Johor.

Ketujuh-tujuh mereka ialah Kapten (B) Najib Lep di DUN Bukit Pasir; Staf Sarjan (B) Azman Ibrahim (DUN Bukit Naning); Adnan Othman (DUN Semerah); Staf Sarjan (B) Muhammad Abdullah (DUN Yong Peng); Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (DUN Panti); Sarjan (B) Mardi Marwan bagi Parlimen Ayer Hitam dan Leftenan Kolonel (B) M. Ash’ari Sidon (Parlimen Sri Gading). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd