• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasmi… Mahathir Angkat Sumpah PM Ketujuh

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUN Dr. Mahathir Mohamad cipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kali kedua hari ini susulan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang memakai baju Melayu hitam dan bersamping songket hitam keemasan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara.

Mahathir, pertama kali dilantik menjadi perdana menteri keempat pada 1981 sewaktu berumur 56 tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2003, setelah menerajui tampuk pimpinan negara selama 22 tahun.

Berumur 92 tahun, Mahathir mencipta sejarah lagi menjadi perdana menteri yang paling tua di dunia dengan kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya setelah 15 tahun meletakkan jawatan pada 2003.

Upacara istiadat pada kira-kira 10 malam itu disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.

Isteri Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali duduk di sebelahnya di majlis itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAN, Mohamad Sabu merupakan pemimpin utama Pakatan Harapan yang hadir.

Seri Paduka kelihatan bersalaman dengan Mahathir dan Siti Hasmah sebaik sahaja memasuki ke majlis itu di Singgahsana Kecil sebelum mengambil tempat baginda bersemayam.

Setelah membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan baginda, Mahathir menandatangani dokumen tersebut.

Di luar istana, ia bagaikan pesta apabila kalangan rakyat dari pelbagai kaum dan peringkat umur berkumpul sejak petang lagi bagi meraikan pelantikan Mahathir yang dilihat dapat membawa harapan baharu kepada rakyat dan negara.

Rakyat bertepuk tangan sebaik sahaja selesai majlis itu yang disiarkan secara langsung.

Mereka kelihatan begitu gembira menyambut pembentukan kerajaan pusat yang baharu dengan mengibarkan Jalur Gemilang serta bendera parti.

Mereka turut menyanyikan lagu kebangsaan dan patriotik beramai-ramai serta melaungkan slogan ‘Hidup Tun’, ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Reformasi’.

Keadaan itu juga turut menarik perhatian pelancong asing.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semalam, Pakatan Harapan memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd