• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Calon Lawan Konon Maut Dirempuh Walhal…

oleh
08/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANTOI… Tindakan netizen propembangkang menularkan berita kononnya calon Parti Warisan Sabah (Warisan) maut dirempuh kereta ketika berehat di sebuah restoran akhirnya disahkan palsu.

Sebaliknya video kemalangan ngeri tersebut yang diperoleh hasil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial itu tidak melibatkan kematian calon kerusi Parlimen Libaran, Irwanshah Mustapha.

Menurut laporan media tempatan, mangsa ialah Ketua Warisan Bahagian Libaran dan insiden itu berlaku apabila dia dirempuh kenderaan ketika minum di sebuah restoran di Bandar Utama IJH, Batu 6 dekat Sandakan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, Aris Malayu, 56, meninggal di tempat kejadian akibat patah tulang rusuk serta terkena jantung selepas terhimpit antara kenderaan terbabit dan tiang di dalam restoran berkenaan.

Mangsa ialah pencadang kepada calon Warisan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga, Asmara Abdul Rahman pada hari penamaan sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 di Dewan Serbaguna Libaran.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, ketika sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan hari ini, berkata ketika kejadian mangsa bersama rakannya minum di meja di bahagian hadapan dalam restoran berkenaan.

Namun, secara tiba-tiba sebuah Honda CRV dipandu wanita berusia 61 tahun yang hendak letak kereta di hadapan restoran meluncur merempuh masuk ke dalam premis berkenaan dan melanggar mangsa menyebabkannya tersepit.

“Pemandu disyaki tertekan pedal minyak lalu kenderaan itu meluncur melanggar mangsa yang berada di meja terbabit. Akibat rempuhan tersebut, mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu tidak cedera,” katanya.

Ramli mengulas lanjut berkata, pemandu terbabit sudah pun ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut dan kemalangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Susulan insiden ini, kita menasihatkan orang ramai agar tidak pula membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan kegusaran memandangkan mangsa secara kebetulan adalah ahli politik tempatan,” katanya.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerusi kenyataan menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan menasihatkan penyokong parti supaya menyerahkan kepada polis untuk jalan siasatan.

Sementara itu, adik mangsa, Sudin Malayu, 52, ketika ditemui pemberita di Hospital Duchess of Kent di Sandakan, berkata ketika kejadian dia berada di tandas selepas memesan minuman.

“Saya tidak dengar apa-apa sehinggalah keluar tandas apabila melihat abang terbaring. Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan beliau sebelum ini memang sibuk berkempen sempena PRU14.

“Kami menerima kejadian ini dengan reda, kejadian ini lebih kepada masalah teknikal,” kata Sudin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Libaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd