• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Cuci Jumpa Jongkong Emas Di Lapangan Terbang

oleh Ahmad Albab
03/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG tukang cuci di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan menjumpai sesuatu yang boleh mengubah kehidupannya.

Lelaki tersebut, yang nama penuhnya tidak didedahkan dalam akhbar tempatan menemui tujuh jongkong emas bernilai 350 juta won (kira-kira RM1.4 juta) dalam tong sampah minggu lepas dan dalam tempoh enam bulan, dia mungkin menjadi pemilik sah emas itu.

Sebaik sahaja menjumpai jongkong tersebut, dia segera memaklumkan pihak berkuasa kastam lapangan terbang tentang emas itu yang masing-masing mempunyai berat 1 kilogram dan dibungkus dengan surat khabar, berdekatan kawasan bebas cukai terminal pelepasan.

Polis telah mengenal pasti seorang lelaki Korea sebagai pemilik emas itu dan dua lelaki lain yang membuangnya dalam tong sampah dipercayai takut dengan pemeriksaan kastam, menurut agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Polis percaya lelaki-lelaki itu membuat perjalanan dari Hong Kong, China di mana cukai tidak dikenakan ke atas pembelian emas, masuk ke Jepun melalui Korea Selatan kerana berfikir lebih mudah melepasi pemeriksaan kastam.

Seorang sumber polis memberitahu akhbar Chosun Ilbo kegiatan penjenayah menyeludup emas ke Jepun melalui Korea Selatan adalah perkara biasa yang mana jenayah itu semakin meningkat.

Ia susulan tindakan kerajaan Jepun meningkatkan cukai ke atas barangan yang dibeli di luar negara dari lima hingga lapan peratus pada April 2014.

Pada Januari, tujuh wanita Korea Selatan ditangkap menyeludup emas ke Jepun selepas imbasan x-ray mengesan beberapa blok logam, masing-masing dengan berat 200 gram di dalam perut mereka, lapor akhbar Jepun, Asahi pada masa itu.

Siasatan kini perlu dibuat untuk memastikan bahawa emas itu tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah.

Sekiranya pemilik jongkong tidak tampil untuk menuntutnya, tukang cuci itu dapat membuat tuntutan terhadap emas itu sebagai hak miliknya yang sah seperti yang ditetapkan dalam undang-undang negara ini, menurut The Korea Times.

Walaupun pemilik bar emas menuntut hartanya, di bawah undang-undang Korea Selatan tukang cuci itu masih berpeluang mendapat antara lima dan 20 peratus dari nilai pasarannya, dari RM63,000 hingga RM256,000. – mStar Online

Tags: jongkong emasTukang Cuci
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wang Tunai RM170 Juta, 16KG Jongkong Emas Ditemukan Dalam ‘Safe House’

Wang Tunai RM170 Juta, 16KG Jongkong Emas Ditemukan Dalam ‘Safe House’

03/03/2025
3

Putrajaya: Semua wang tunai dan barang rampasan termasuk jongkong emas ditemui di sebuah kondominium yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu...

Koperal Polis Didakwa Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM500,000

Koperal Polis Didakwa Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM500,000

17/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd