• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh J/kuasa Khas Pantau Pelaksanaan Manifesto

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Dewan Pemuda PAS Pusat akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan manifesto yang ditawarkan PAS kepada rakyat pada pilihan raya umum ke 14 (PRU 14) dilaksanakan secepat mungkin di negeri yang dimenangi PAS iaitu Kelantan dan Terengganu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata jawatankuasa itu akan dianggotai pimpinan parti, anggota badan bukan kerajaan, tokoh-tokoh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk rakyat bukan Islam.

“Jawatankuasa ini akan ditubuhkan secepat mungkin sebab kita tidak menggunakan pendekatan seperti parti lain yang ada tempoh masa untuk laksanakan manifesto seperti 100 hari dan sebagainya.

“Bagi kita selepas sahaja kita mendapat mandat kita akan terus bekerja dan laksanakan (manifesto) secepat mungkin mengikut bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penubuhan jawatan kuasa itu di Pejabat Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia di Rusila, di sini hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok itu bagaimana pun berkata terdapat kemungkinan kerajaan PAS tidak dapat melaksanakan sesetengah daripada manifesto yang ditawarkan kerana ada di antaranya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat yang kini ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH).

“Tetapi kita bergerak secara kolektif..kita sudah diberi kepercayaan oleh rakyat dan percaya kita akan mendapat kerjasama khususnya daripada penjawat awam dan rakyat amnya untuk memastikan manifesto itu dapat dilaksanakan,” katanya.

Muhammad Khalil turut menarik perhatian berkenaan gejala lompat parti melibatkan ADUN dari Barisan Nasional (BN) kepada PH selepas PRU14 yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana politik yang tidak sihat dan memberikan impak negatif kepada rakyat.

“Kita sangat bimbang sebab ia boleh menjejaskan pentadbiran negara dan yang penting ia juga boleh menjejaskan kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau (secara sinis) berkata kejadian lompat parti itu setakat ini tidak terjadi di kalangan ADUN PAS yang setia dan jelas dengan matlamat dan perjuangan parti itu selama ini.

“Alhamdulillah PAS satu-satunya parti yang tidak terlibat dalam gejala itu…satu kelebihan pada PAS di mana ini menunjukkan kekuatan anggota PAS pada dasar dan perjuangan PAS selama ini mendapat sokongan padu anggota dan para penyokong,” katanya. – BERNAMA

Tags: manifestoPemuda PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malam Ini Kaji Laksana Manifesto

Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malam Ini Kaji Laksana Manifesto

07/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam ini antaranya membincangkan mengenai pelaksanaan manifesto atau akujanji parti gabungan membentuk...

K’jaan Tubuh Jawatankuasa Tapis, Gabung Manifesto Parti Kerajaan

K’jaan Tubuh Jawatankuasa Tapis, Gabung Manifesto Parti Kerajaan

20/12/2022
0

Apabila sebuah kerajaan dibentuk selepas pilihan raya, rakyat mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat pihak yang terbabit memenuhi manifesto pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd