• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Dedah Drama Mahathir Ke Hospital Tagih Simpati?

oleh
01/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR – Pakatan pembangkang berlambang PKR dijangka ‘memasukkan’ Tun Dr. Mahathir Mohamad ke hospital sebagai drama langkah terdesak mereka untuk meraih simpati rakyat.

Ia bakal dilakonkan pada saat akhir menjelang hari pengundian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei ini, dedah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika membongkarkan perkara itu berkata, Barisan Nasional (BN) telah menghidu strategi dan rancangan terdesak pembangkang itu sejak dari awal dan tidak terkejut jika ia benar-benar berlaku.

“Kami telah menghidu mereka merancang untuk Tun Mahathir dimasukkan ke hospital untuk meraih simpati daripada pengundi-pengundi beliau di kerusi Langkawi dan tempat lain.

“Saya harap pengundi-pengundi tidak terjebak dengan taktik ini yang jelas digunakan mereka hanya untuk meraih simpati pengundi terhadap calon pembangkang,” kata Ahmad Zahid.

Beliau yang juga calon BN kerusi Parlimen Bagan Datuk berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri kenduri sekampung di Kampung Pasang Api dekat kawasan tersebut hari ini.

Turut hadir ialah calon BN DUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Ahmad Zahid juga mendedahkan tindakan Mahathir mendakwa konon tayar pesawat yang ingin dinaiki bocor akibat disabotaj sehari sebelum proses penamaan calon juga dipercayai merupakan taktik untuk meraih simpati.

Beliau berkata, laporan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sendiri mengesahkan tiada sebarang unsur sabotaj berlaku selain pengesahan daripada syarikat penyedia pesawat tersebut.

“Jadi jelas sekali tindakan itu dibuat beliau (Mahathir) kerana mahu menagih simpati sehari sebelum penamaan calon yang kononnya kejadian itu berlaku bagi menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding.

“Kita pasti banyak lagi taktik lain akan digunakan selepas ini kerana kita kenal beliau, kita pernah berketuakan beliau,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ahmad Zahid HamidiMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

18/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli dan penyokong parti supaya...

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

13/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai masa terbaik untuk UMNO mempertimbangkan kedudukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd