• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Shahidan Tidak Bijak – Shafie

oleh Ahmad Albab
25/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim kurang bijak kerana mempertikai keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar.

Menurutnya Raja pemerintah sesebuah negeri atau Yang DiPertua Negeri mempunyai hak yang harus di hormati dan ini termasuk mereka untuk kuasa melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri.

“Dalam hubungan ini Shahidan bertindak di luar norma. Pada pandangan saya institusi diRaja hendaklah dihormati. Shahidan patut menyelesaikan isu memilih Menteri Besar dengan bijaksana,” kata Shafie kepada media di sini, malam tadi.

Beliau diminta mengulas tindakan UMNO Perlis memecat Azlan sebagai anggota parti itu selepas anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin di Istana Arau pagi semalam.

Semua sembilan ADUN Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada istiadat angkat sumpah itu sehingga Tuanku Syed Sirajuddin murka.

Shafie ditemui selepas berbuka puasa bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu di institut tersebut di sini.

Tuanku Syed Faizuddin mengetuai delegasi kerajaan Perlis dalam Ops Pasir 2018 di kawasan Timur Sabah (ESSZONE) bermula semalam hingga Ahad ini.

Shafie berkata kemelut yang melanda Perlis itu walaupun berbeza degnan yang berlaku di Sabah namun beliau masih tetap menghormati Yang diPertua Negeri dan tidak mengambil tindakan terburu-buru selepas Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Shahidan dipercayai mengarahkan ADUN-ADUN BN supaya memboikot istiadat angkat sumpah itu kerana tidak bersetuju dengan pemilihan Azlan setelah calon yang dicadangkannya termasuk adik beliau, Datuk Ismail Kassim tidak diperkenan oleh Tuanku Syed Sirajuddin. – BERNAMA

Tags: Shafie ApdalShahidan Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

20/02/2023
0

Kuala Lumpur : Biarpun usulnya ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tetap komited mengusulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd