• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan BWF Gantung Zulfadli, Chun Seang Wajar

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung dua pemain profesional negara, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang daripada menyertai sebarang pertandingan badminton adalah wajar.

Beliau berkata hukuman yang berat haruslah diberikan bagi kesalahan mengatur perlawanan.

“Dalam isu rasuah sukan, isu mengatur perlawanan dan sebagainya, saya rasa keputusan itu keputusan yang wajar… tetapi masih ada ruang untuk membuat rayuan.

“Itu terpulang kepada mereka untuk merayu atau tidak tetapi pendirian kita di Kementerian Belia dan Sukan, kita tidak berkompromi apabila timbul isu mengatur perlawanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan program tinjauan mesra di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar (SKTTJ) di sini, hari ini.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas keputusan BWF yang menggantung Zulfadli dan Chun Seang, masing-masing 20 dan 15 tahun, kerana melanggar Kod Tatatertib BWF melibatkan aktiviti pertaruhan serta mengatur dan menentukan keputusan perlawanan.

Penggantungan mereka berkuat kuasa 12 Jan tahun ini – tarikh kedua-dua pemain itu digantung secara bersyarat oleh BWF.

Selain dikenakan hukuman gantung, Chun Seang juga dikenakan denda AS$15,000 (RM59,000), manakala Zulfadli didenda AS$25,000 (RM98,000) oleh Panel Etika Pendengaran BWF. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 110,000 Warga Tentera Darat Mengundi Awal

Next Post

PRU14: Polis Perlis Keluar 159 Permit Ceramah

Related Posts

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

25/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Tiada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan petang atau malam ini yang dilaporkan bagi membincangkan status keahlian...

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

12/01/2023
0

PAU 2022 | Hanya kira-kira tiga jam selepas menganggap langkah mengehadkan pertandingan dalam Umno sebagai suatu "kegilaan" yang mesti dihalang,...

Next Post

PRU14: Polis Perlis Keluar 159 Permit Ceramah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd