• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Akan Diambil Terhadap Akhbar Politik

oleh Ahmad Albab
07/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap sebuah akhbar politik kerana menyalahgunakan permit penerbitan.

Beliau berkata akhbar yang diterbitkan untuk ahli-ahlinya sahaja telah dijual secara terbuka di vendor dan kedai.

“Saya telah mendapat senaskah akhbar itu di vendor dan kedai… Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Mereka tidak akan terlepas daripada tindakan,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) berkata akhbar politik itu sering melemparkan fitnah, pembohongan dan menyebarkan berita palsu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

“Terima kasih kerana melakukan kerja-kerja fitnah. Sila teruskan usaha itu,” katanya dengan nada sindiran.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pendedahan penolong penerbit UbahTV, sebuah laman televisyen rasmi dalam talian DAP, Amran Ahmad, ada kebenaran.

Beliau berkata pendedahan oleh ahli seumur hidup DAP itu menunjukkan parti pembangkang itu berniat jahat dengan melemparkan fitnah terhadap BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pendedahan ini membuktikan mereka sanggup melakukan apa sahaja dan fitnah kerana terdesak.

“Walaupun ini cara mereka, tetapi berpolitik dalam Malaysia perlu matang, namun fitnah, tohmahan dan berita palsu tidak harus berlaku. Pemikiran rakyat tidak harus dirosakkan. Budaya kebencian tidak harus ditanam.

“Kemenangan (dalam PRU) kerana fitnah dan pembohongan akan terbongkar nanti,” katanya.

Amran mendedahkan bahawa DAP sanggup mereka puluhan risalah dan rakaman video memfitnah kerajaan dan pemimpin BN.

Menurutnya semua propaganda berniat jahat dan berunsur fitnah itu sudah siap dan diedarkan secara berperingkat menjelang hari pengundian 9 Mei. — BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid HamidiAmran Ahmad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd