• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Personaliti Jelita Mahu Negara Terus Gemilang

oleh
09/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIGA personaliti jelita iaitu Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan Rozita Che Wan berkongsi harapan yang sama iaitu mahu melihat kuasa yang diberikan rakyat menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan memacu negara terus cemerlang.

Siti yang merupakan isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu berharap pemimpin pilihan rakyat dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh komited dan dedikasi demi masa depan negara.

“Siti berharap amanah dan kuasa yang diberikan rakyat hari ini akan memacu negara ke masa depan yang lebih cemerlang.

“Sebagai anggota masyarakat, Siti ingin melihat negara yang dicintai akan terus makmur dan gemilang,” katanya dipetik BH Online.

Sementara itu, Erra yang dikenali dengan julukan ‘primadona filem Melayu alaf baru’ turut sempat berkongsi pengalaman dan perasaan bangga selepas melaksanakan kewajipan mengundi di sebuah sekolah di Desa Pandan.

“Kita doa yang terbaik. Sama-sama tunggu keputusan penuh malam ini. Selamat mengundi dan menunaikan tanggungjawab,” ujar Erra menerusi Insta Story miliknya.

Tidak ketinggalan juga, Rozita yang menunaikan tanggungjawab di Datuk Keramat pula berharap rakyat menggunakan hak untuk mengundi dengan sebaiknya dan membuat pilihan bijak pada PRU14 demi pembangunan dan kesejahteraan negara.

“Selain mengharapkan keamanan dan kemakmuran negara terus terpelihara, kita sebagai rakyat juga mahukan jaminan masa depan untuk generasi akan datang.

“Pilihan hari ini akan menentukan masa depan kita. Buatlah pilihan dengan bijak,” ujar ibu kepada Aaisyah Dhia Rana itu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datuk Seri Siti NurhalizaErra FaziraRozita Che Wan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal” – Erra Fazira

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi ternama, Erra Fazira menjelaskan, dia tidak bernikah, jauh sekali bergelar isteri kedua kepada seorang...

Erra Fazira Selamat Dinikahkan

05/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Satu mesej Twitter Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd