• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pelajar Malaysia Juara Pertandingan Nuklear Dunia

oleh
31/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HEBAT… Pencapaian membanggakan oleh tiga orang anak tempatan apabila berjaya menjuarai pertandingan Program Pembangunan Sumber Manusia Untuk Tenaga Nuklear peringkat antarabangsa.

Pertandingan tersebut yang melibatkan pelbagai negara telah dianjuran oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berlangsung di Gyeongju, Korea Selatan, kelmarin.

Lapor akhbar tempatan, pelajar terbabit ialah Muhammad Syazwan Mat Sidik, 17; Muhammad Anuar Abd Ghani, 17; dan Safiyyah Muhammad Nasir, 16; dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut, Jertih, Terengganu.

Mereka telah menubuhkan pasukan yang dengan nama ‘Kubest Innovation Team’ pada Disember 2017 dan telah melalui tiga peringkat awal mengatasi 188 pasukan daripada 30 negara anggota IAEA.

Pasukan di bawah pengawasan Projek Unit Inovasi SMK Kuala Besut diketuai Faizul Abd Rahman, Ketua Bidang Sains Matematik SMK Kuala Besut, turut dibantu oleh Wan Zul Azri Wan Mod Shatar selaku Guru Penyelaras Projek, dan Rohaya Husin yang juga guru di sekolah berkenaan.

Dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia dan dorongan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman yang juga ADUN Kuala Besut, pasukan ini telah berjaya melangkah jauh.

Bagi mencungkil ilmu berkenaan nulear, tiga orang pelajar ini telah berkunjung ke jabatan jabatan kerajaan, sekolah berprestasi tinggi serta bantuan dari PIBG dan pembabitan komuniti setempat.

Pengetuanya, Che Soh Che Mat berkata, menerusi pertandingan itu, pelajar menggunakan tema mengenai kebaikan kuasa nuklear dengan projek bertajuk, 100 Things About Nuclear Science And Life.

Mereka telah membeli tapak di Google Apps dengan memasang aplikasi NBEST untuk penyebaran maklumat yang mana seluruh dunia dapat memuat turun aplikasi berkenaan sebagai kesedaran tentang keperluan tenaga nuklear kepada masyarakat.

Berkonsepkan “i-clear about nuclear”, masyarakat lebih memahami apa itu tenaga nuklear dan keperluan tenaga terbabit kepada kehidupan.

Kerja keras yang dilakukan dengan kesungguhan oleh ketiga-tiga pelajar tersebut ternyata membuahkan hasil apabila menjuarai pertandingan di peringkat antarabangsa.

Sumber: Utusan Malaysia

Menerusi pertandingan itu, Malaysia adalah antara lima negara yang layak ke peringkat akhir selain daripada Amerika Syarikat, Hungary, Jepun dan Korea Selatan.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, beliau amat berbangga dengan kemampuan ketiga-tiga pelajar yang mewakili negara ke pertandingan berkenaan.

“Mereka sememangnya berminat dalam bidang nuklear dan menyertai pertandingan berkenaan selepas mendapat tahu Agensi Nuklear Malaysia membuka penyertaan kepada sekolah-sekolah seluruh negara pada pertengahan tahun lalu,” katanya.

Kepulangan pelajar terbabit ke Malaysia yang dijangka tiba esok jam 3.30 petang akan disambut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: juarapelajar MalaysiaPertandingan Nuklear
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nasib Orang Asli Di N.Sembilan Terus Terbela

Next Post

Kaji Semula Jakim, Umat Islam Jangan Melatah

Related Posts

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

21/04/2024
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para...

Hanya Fikir Mati Syahid – Pelajar Malaysia Di Sudan

Hanya Fikir Mati Syahid – Pelajar Malaysia Di Sudan

28/04/2023
0

SEPANG: “Kalau saya mati, saya hanya fikir mati syahid,” kata Abdul Rahman Mohd. Nuh, 25, pelajar Malaysia di Sudan. Ikuti...

Next Post

Kaji Semula Jakim, Umat Islam Jangan Melatah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd