• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga ADUN BN Johor Umum Mahu Sertai PPBM

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) di Johor mengumumkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) – parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) tidak lama lagi.

Ketiga-tiga mereka adalah Rosleli Jahari (Johor Lama), Alwiyah Talib (Endau) dan Rasman Ithnain (Sedili).

Tindakan itu turut disertai kira-kira 40 anggota UMNO lain di kawasan tersebut.

Rasman dalam sidang media secara bersama berkata keputusan itu dibuat dengan kerelaan hari tanpa ada gesaan, paksaan mahupun ugutan daripada mana-mana pihak.

“Kami buat ini untuk tujuan, tidak lain tidak bukan iaitu demi untuk perpaduan orang Melayu dan rakyat.

“Kami selaku wakil rakyat kena mengikut rentak dan corak yang rakyat hendak dan ini salah satu daripada langkah yang terbaik demi perpaduan dan yang penting untuk rakyat,” katanya di sini hari ini.

Rasman berkata walaupun sesetengah pihak mungkin mengganggap mereka mengkhianati pengundi, namun, pihaknya percaya pengundi-pengundi di kawasan terlibat akan memahami tindakan diambil.

“Insya-Allah pengundi akan faham kerana pengundi menyokong kami kerana pengundi hendakkan perkhidmatan kami untuk kelangsungan kami menjalankan kerja.

Jika dalam waktu sekarang ini, macam (mana) kami hendak buat kerja? Apa yang saya boleh buat dengan rakyat? Hendak bantu rakyat macam mana?,” soalnya.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor Datuk Osman Sapian berkata pihaknya menerima baik hasrat ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, PPBM akan membuat tapisan dahulu sebelum meluluskan penyertaan mereka.

“Hasrat murni, kita kena terima. Tentang tapisan, itu memanglah, bukan sahaja anggota datang daripada BN atau UMNO atau yang bukan wakil rakyat.

“…kalau hendak masuk jadi anggota, kita akan tengok adakah beliau betul-betul hendak bersama dengan kita taat setia, kerana (kita) tidak mahu siapa-siapa yang dalam parti ini menganggap PH sebagai parti seperti macam bila suka masuk, tidak suka keluar. Kita tak mahu,” katanya.

Pada PRU14 yang baru sahaja selesai, Rasman yang merupakan penyandang kerusi Sedili sejak 2008 telah menewaskan calon PKR Abdul Razak Isa.

Alwiyah dan Rosleli pula merupakan muka baharu yang ditampilkan BN dikawasan ditandingi. – BERNAMA

Tags: BNLompat Parti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

03/09/2026
0

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian lebih baik Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd