Sample Page Title

ALAHAI… Ibarat kata bidalan lama bahawa jika tiada angin, masakan pokok tiba-tiba bergoyang; ia mungkin sesuai bagi menggambarkan usaha pihak tertentu dalam isu industri penerbangan awam.

Apa tidak peliknya apabila Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM) pada Jumaat lalu muncul desak pihak kerajaan untuk segera bubar Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) atas alasan cukup remeh.

Bagi yang tidak tahu hujung pangkal ‘drama’ oleh organisasi kepenggunaan berpangkalan di Petaling Jaya, Selangor dan ditubuhkan sejak 2012 itu barang kali akan teruja; lantas terus menyokong tanpa faham apakah cerita sebenar.

Hakikatnya, bagi pengguna yang sering menaiki penerbangan komersial atau lazim disebut sebagai frequent flyer, alasan 4PAM mahu Kementerian Pengangkutan mansuh Mavcom boleh dianggap amat lucu dan tidak kena tempat.

Bahkan ada menyifatkan usaha persatuan kecil itu mungkin didalangi agenda tersirat pihak tertentu yang ada kaitan dengan industri penerbangan awam dan ‘berdendam’ kepada Mavcom kerana tegas dalam menjaga hak pengguna.

Kejayaan agensi itu terbukti apabila tahun lalu ia berjaya menyelesaikan 99 peratus daripada lebih 3,000 aduan pengguna dalam tempoh 30 hari difailkan sehingga operator udara di Malaysia mula lebih telus bertanggungjawab.

Tidak hairanlah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sendiri yang lazimnya agak lantang kritik pelbagai agensi awam namun dalam kes ini, ia ambil pendirian untuk sokong Mavcom kerana berjaya melindungi hak penumpang!

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, sebagai badan pengguna, pihaknya juga menerima banyak komen sikap negatif syarikat penerbangan melayan aduan penumpang sejak beberapa tahun lalu sehingga terjejas imej Malaysia.

Ini membabitkan kes kehilangan bagasi, gagal diberi pampasan dan tidak dimaklum pertukaran jadual penerbangan tetapi sejak Mavcom diwujudkan pada 2016 lalu, CAP melihat berlaku penurunan drastik dalam rungutan pengguna.

Tidak ketinggalan ialah bekas Peguam Negara yang juga mantan Ahli Jawatankuasa Pemandu Mavcom, Tan Sri Abdul Gani Patail apabila dilaporkan kesal dengan usaha pihak berkenaan perlekeh tugas berat dipikul Mavcom.

Ini termasuk amalan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC), malah sebagai pengawal selia bebas, Mavcom tidak pernah memberi beban dan impak kos kepada kerajaan sejajar kepesatan sektor penerbangan.

Abdul Gani bahkan menjelaskan bahawa para penumpang sebelum ini sering berdepan dengan situasi hak mereka sengaja dicabuli syarikat penerbangan tertentu sesuka hati walhal secara prinsip asasnya ‘pengguna adalah raja’.


Turut berkongsi sentimen sama ialah bekas ahli lembaga pengarah Malaysia Airlines, Datuk Rashid Khan yang ada pengalaman lebih 40 tahun dalam industri itu dilaporkan juga membela Mavcom melindungi pengguna dianiaya.

Usaha sedemikian bukan pelik di luar negara dan ini termasuk pelaksanaan caj kawal selia sebanyak RM1 sejak 1 Mei lalu yang dianggap masih wajar kerana ia diluluskan di Parlimen untuk dimanfaatkan semula oleh pengguna.

Tanpa Mavcom ujar Rashid, penumpang akan berdepan sekali lagi senario kes Rayani Air dan Suasa Airlines apabila operator udara tempatan itu ditutup secara tiba-tiba, manakala mereka ‘terkapai-kapai’ kerana tiada sesiapa bantu.

Apa yang pasti, ketiga-tiga individu mewakili latar belakang pelbagai itu turut senada dalam mempertahankan pihak Mavcom daripada ‘asakan’ tohmahan tidak berasas 4PAM cuba ambil kesempatan dengan situasi politik semasa.

Mungkin tidak mustahil tindakan berani 4PAM itu didalangi syarikat penerbangan tertentu yang tidak berpuas hati dengan Mavcom dan sengaja mewujudkan ‘cerita aneh’ bagi mengalih perhatian pengguna daripada kisah sebenar.

Ia susulan isu ‘panas’ penyeragaman kadar baharu caj perkhidmatan penumpang (PSC) meliputi 39 buah lapangan terbang seluruh negara mulai 1 Januari lalu yang seolah-olah disensasikan konon Mavcom menindas hak pengguna.

Bagaimanapun, usaha dramatik 4PAM mahu kerajaan memansuhkan Mavcom ternyata seperti memperbodohkan diri sendiri dan jelas dianggap tidak bertanggungjawab kerana ia sepatutnya perlu melindungi golongan konsumer.

Malangnya, akibat tidak berfikir secara holistik dan barang kali ada ‘tangan ghaib’ pihak tertentu, langkah 4PAM desak kementerian terbabit membubarkan Mavcom kini mendedahkan mereka bukan pejuang pengguna marhaen. – Mynewshub.cc/HAA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...