• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Toleransi Veteran UMNO Sertai Pembangkang

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) tidak akan bertoleransi dengan mana-mana veteran UMNO yang menyertai dan menyokong kempen pihak pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata, bagaimanapun, BN akan mengkaji terlebih dahulu pembabitan veteran UMNO itu sebelum sebarang tindakan diambil termasuk kemungkinan dipecat daripada parti.

“Kadang-kadang mereka kata mereka pergi sebagai kawan dan bukan sebagai seorang ahli politik … jadi ini masalah yang kami hadapi kerana semua adalah sahabat.

Tapi jika mereka melanggar etika parti, melanggar perlembagaan kita akan ambil tindakan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan dan Watikah Ketua Amil dan Amil Zakat Fitrah Tahun 1439H/2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka Shamsul Iskandar Md Akin dalam satu program ceramah di Ayer Keroh, Melaka malam tadi mengenai kemungkinan besar Tan Sri Rafidah Aziz mengikut jejak langkah Tun Daim Zainuddin menyertai kempen pihak pembangkang dalam pilihan raya ini.

Menurut pengumuman itu dua tokoh UMNO itu akan menyertai program ceramah bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil Jumaat ini.

“Selaku Setiausaha Agung UMNO, saya tidak boleh bertoleransi dengan semua perkara merepek ni kerana perlu ada disiplin dalam parti. Kami ada perlembagaan kami, kami ada etika kami , maka patuhilah etika itu, “katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbangkan RM6.956 juta kepada 84 masjid, 108 surau Jumaat dan 486 surau yang berdaftar di Wilayah Persekutuan termasuk Labuan dan Putrajaya bagi tujuan pengimarahan Ramadan, Kebersihan dan Keceriaan sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

“Setiap masjid akan menerima sumbangan sebanyak RM12,000 manakala surau Jumaat dan surau pula menerima RM10,000,” katanya.

Selain itu, MAIWP turut melantik 880 Ketua Amil dan Amil bagi 73 pusat pungutan zakat di kawasan yang telah ditetapkan di Wilayah Persekutuan. Kadar zakat fitrah bagi Wilayah Persekutuan tahun ini adalah RM7 seorang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd