• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Terima Aduan Penjawat Awam Kontrak Diberhentikan

oleh AK-47
16/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONGRES Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Kerajaan (CUEPACS) tidak menerima sebarang aduan berhubung kakitangan awam berstatus kontrak yang diberhentikan kerja.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, setakat hari ini pihaknya tidak menerima langsung sebarang aduan sama ada secara lisan atau bertulis, cuma mengakui mendengar khabar angin mengenainya.

Namun beliau tidak menafikan kemungkinan ada pekerja yang dilantik atas kapasiti politik, ditamatkan perkhidmatan susulan individu yang melantik mereka sudah tidak lagi berada dalam kerajaan baharu.

“Jika mereka ada kakitangan yang berstatus contract for service, maka mereka dianggap sudah selesai berkhidmat, bukan ditamatkan perkhidmatan. Ini berbeza dengan mereka yang berstatus contract of service.

“Kakitangan lantikan politik pula bukan bawah CUEPACS dan adalah perkara biasa jika ditamatkan tugasan kerana kerajaan baharu ini mesti nak penasihat dan petugas mereka sendiri, jadi tidak boleh dianggap dibuang kerja.

“Apa pun, saya yakin kerajaan pimpinan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengkhianati penjawat awam, jadi beri kepercayaan, ruang dan masa untuk mereka menjalankan tugas,” katanya pada sidang media di Wisma CUEPACS, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas dakwaan beberapa penjawat awam berstatus kontrak, diberhentikan serta merta susulan peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Semalam, Dr. Mahathir memberi jaminan kerajaan tidak akan mengurangkan bilangan kakitangan awam walaupun bakal berlaku pengecilan saiz kementerian.

Perdana Menteri berkata, penjawat awam yang bakal terbabit dengan pengecilan saiz kementerian akan dipindahkan mengikut kesesuaian agensi termasuk ke sektor swasta.

Sementara itu, Azih menggesa semua penjawat awam untuk berdiri teguh bersama kerajaan baharu ini serta mengetepikan semua sentimen politik, sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas hakiki serta perkhidmatan kepada rakyat.

“Pilihan Raya Umum sudah berlalu dan ini masa untuk kita kembali bekerja. Seluruh penjawat awam perlu kembali memberi tumpuan pada tanggungjawab, hentikan perkara membabitkan politik dan fokus pada tugas hakiki.

“Kami harap semua pihak akan memberi kepercayaan kepada Dr. Mahathir dan ketua kerajaan lain untuk mentadbir negara,” katanya. – Harian Metro

Tags: CuepacsKakitangan Awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tun M Akan Terajui Kerajaan Satu Atau Dua Tahun

Next Post

Utusan Melayu Akan Lantik Pengarah Bebas Baharu

Related Posts

Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS

Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS

18/08/2024
0

KUALA LUMPUR : CUEPACS terbuka kepada aduan dan saranan orang ramai berhubung penyampaian perkhidmatan awam supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan secara...

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana

08/08/2024
0

Kuala Lumpur : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik kenaikan gaji kepada kumpulan pelaksana yang dijangka...

Next Post

Utusan Melayu Akan Lantik Pengarah Bebas Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd