• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kompromi Atlet Penggunaan Bahan Terlarang

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Sukan Negara (ISN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana atlet di bawah Program Podium yang terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini.

Pengerusi ISN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menggugurkan mana-mana atlet Program Podium di bawah seliaan ISN sekiranya mereka gagal dalam ujian doping yang dijalankan pada Sukan Asia nanti.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap atlet yang tidak berada di bawah Program Podium kerana hanya persatuan sukan kebangsaan yang boleh mengambil tindakan ke atas atlet terlibat.

“Saya bagaimanapun berharap agar persatuan sukan kebangsaan akan mengambil berat perkara ini (doping) kerana ia melibatkan maruah negara,” katanya pada sidang media persiapan Sukan Asia 2018 bersama Ketua Kontinjen Malaysia di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang atlet angkat berat negara yang meraih pingat gangsa, gagal dalam ujian doping yang dilakukan sewaktu menyertai Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia bulan lepas.

Dalam pada itu, Abdul Azim berkata post-mortem yang dijalankan oleh pegawai ISN terhadap prestasi atlet negara pada Sukan Komanwel 2018 sudah siap dan Unit Sukan Prestasi Tinggi ISN sedang mengkaji beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi membantu memperbaiki prestasi atlet negara pada Sukan Asia nanti.

Abdul Azim turut memaklumkan ISN akan memberi fokus kepada persiapan daripada aspek pemulihan dan persediaan mental bagi memantapkan persiapan atlet negara menghadapi Sukan Asia 2018.

Antara strategi pemulihan yang telah dikenal pasti dapat memberi kesan kepada prestasi atlet adalah hidroterapi yang terdiri daripada ‘terapi air kontras’ dan ‘rendaman air sejuk’.

Selain itu, strategi lain adalah urutan sukan, penggunaan pakaian mampatan, aktiviti regangan, pengambilan makanan tambahan serta waktu tidur yang mencukupi.

Persiapan mental pula meliputi aspek motivasi dan komitmen, tumpuan dan fokus, kebolehan menguruskan tekanan, kepercayaan diri dan daya tahan.

Abdul Azim memaklumkan 82 pegawai sains dan perubatan sukan akan terlibat untuk membantu atlet negara sepanjang berlangsungnya Sukan Asia 2018 dari 18 Ogos sehingga 2 Sept depan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rujuk Pegawai ISN Sebelum Ambil Suplemen

12/02/2018
0

NILAI – Pelumba berbasikal trek negara dinasihatkan supaya merujuk kepada pegawai Institut Sukan Negara (ISN) terlebih dahulu, sebelum mengambil sebarang...

ISN Wujud Ekosistem Prestasi Tinggi Atlet Podium

24/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Tiada alasan bagi atlet Program Podium untuk tidak menyerlah kerana Institut Sukan Negara (ISN) sudah mewujudkan satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd