• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teruk Kena Kecam, Faiz Roslan ‘Cuti’ Sampai Raya

oleh
31/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini video parodi instafamous Faiz Roslan tidak terlalu mendapat perhatian umum, kali ini ‘balasan’ yang menimpa dirinya boleh dikatakan sangat berat buat lelaki muda itu.

Baca: Banyak Aduan, Mufti Jemput Faiz Roslan Datang Pejabat

Malah, tindakannya itu turut telah membuatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri terpanggil untuk membuat satu surat terbuka dan menjemput Faiz bersama rakan-rakannya ke pejabat mufti.

Akibat tidak tahan dikecam habis-habisan oleh masyarakat Islam dan ramai selebriti berpengaruh, Faiz kini mengambil keputusan untuk ‘berehat’ seketika daripada media sosial.

Malah, Instagram miliknya juga dilihat seperti sudah dibuang selepas menerima banyak laporan daripada netizen yang semakin ‘semak’ dengan perbuatannya yang bagaikan tidak menghormati bulan mulia ini.

Hal ini kerana video pengakuannya dan rakannya yang tidak berpuasa di bulan Ramadan baru-baru ini telah menjatuhkan dirinya sekali gus membuatkan ramai masyarakat menganggap ia sebagai balasan buat dirinya.

Namun dalam keadaan masih mahu membela diri, Faiz menjelaskan punca dia membuat video sedemikian ialah disebabkan ada beberapa individu melabelkan golongan lelaki lembut sepertinya tidak layak untuk berpuasa.

Bagaimanapun, alasan yang diberikan Faiz langsung tidak diterima oleh ramai netizen kerana sememangnya dirinya dikenali sebagai seorang yang tidak makan nasihat.

“Hari ini saya buka Twitter saya search nama saya, sangat banyak mereka yang memarahi saya, saya terima dengan hati terbuka. Saya akan berhenti membuat video untuk waktu yang lama.

“Ramai juga artis yang upload video saya, tak mengapa, saya redha berani buat berani tanggung. Saya hanya ingin meminta maaf lagi sekali sebelum raya,” tulisnya di twit semalam.

Dalam masa yang sama, dia turut menjelaskan bahawa video yang tersebar itu bukanlah versi penuh kerana menurutnya rakannya di dalam video itu tidak berpuasa disebabkan masalah kesihatan.

Bagaikan menegakkan benang yang basah, Faiz masih lagi menyalahkan orang lain disebabkan dia dituduh tidak berpuasa dan masih membela diri di atas kesalahnnya sendiri.

“Saya cuma beritahu saya sedar diri sendiri. Saya tak kata tak solat tak payah puasa. Kawan saya di belakang tengah makan, kawan saya tu memang tak boleh puasa ini bukan alasan taknak dikecam.

“Masa tu kebetulan dia gastrik dan demam. Salah saya sebab tunjuk dia tengah makan. Saya minta maaf,” tulis Faiz lagi.

Diharapkan dengan dugaan yang menimpanya kini benar-benar membuatkan dia insaf dan tidak lagi mengulangi kesilapan besar yang pernah dilakukannya baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: faiz roslanNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd