• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Keputusan Secara Positif – Nurul Izzah

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar meminta agar bekas anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menerima keputusan secara positif akan pelantikan tiga anggota kanan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.

Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh turut mahu melihat rakyat optimis terhadap pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan baharu.

“Apa yang diperlukan ketika ini adalah fokus kepada rakyat menerusi kerjasama baik dalam pentadbiran.

“Sebagai kawan baik, saya begitu menghargai sumbangan yang diberikannya (Rafizi) kepada parti dan negara.

“Jadi saya minta, demi perjuangan sahabat sejati, marilah kita lakukannya secara positif dan mengatasi apa sahaja yang berlaku untuk melalui fasa baharu pembentukan kerajaan di bawah PH,” katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri kesyukuran sempena kemenangan rakyat Permatang Pauh di sini hari ini.

Nurul Izzah diminta mengulas mengenai kenyataan Rafizi, juga naib presiden PKR, yang mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan AMANAH sebagai menteri kanan yang dibuat Dr. Mahathir adalah tanpa perbincangan dan rundingan dengan PKR.

Nurul Izzah berkata kenyataan lanjut berhubung perkara berkenaan akan diberikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.

Dalam pada itu Nurul Izzah turut menyifatkan komentar oleh Tan Sri Dr. Rais Yatim sangat berguna.

“Saya fikir Dr. Rais Yatim mengeluarkan komentar yang sangat berguna dan kita ambil kesemua komentar yang dibawa dalam hasrat untuk memastikan pentadbiran ini bertumpukan kepada rakyat,” katanya.

Rais dalam catatan komentar sebelum ini menggesa Pakatan Harapan tidak mengambil remeh teguran Rafizi sebaliknya menggesa segera mengotakan janji kepada rakyat.

Rais turut dilapor berkata Rafizi telah banyak berkorban untuk Pakatan Harapan. – BERNAMA

Tags: Nurul Izzah Anwar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd