• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tegakkan Urus Tadbir Tanpa Takut Atau Pilih Kasih

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hala tuju dasar di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad amat jelas, di mana perkhidmatan awam perlu mematuhi sepenuhnya kedaulatan undang-undang dan menegakkan urus tadbir tanpa takut atau pilih kasih.

Menyatakan demikian, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata perkhidmatan awam telah juga mengikrarkan sokongan tanpa syarat kepada kerajaan dan menegakkan segala prinsip pentadbirannya.

Beliau bercakap kepada Bernama ketika diminta mengulas ingatan Dr Mahathir agar petugas pentadbiran memainkan peranan penting sebagai orang yang telah berikrar untuk berkhidmat kepada negara tanpa takut atau pilih kasih.

Dalam pertemuan rasmi pertamanya dengan petugas awam hari ini, Dr Mahathir berkata jika pentadbir diberitahu supaya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang negara, maka menjadi tanggungjawab mereka agar tidak mengikuti arahan itu.

“Kita dapati, dalam beberapa tahun lalu, pentadbir tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menentang arahan yang bersalahan dengan undang-undang,” kata perdana menteri.

Pertemuan rasmi hari ini adalah yang pertama selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 11 Mei, berikutan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Zainal Rahim Seman berpendapat teguran Dr Mahathir itu amat tepat dan perlu ditunaikan oleh semua penjawat awam berasaskan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam memacu pembangunan negara.

Beliau berkata penjawat awam perlu memulakan tindakan baharu dengan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan mereka bersikap integriti dan jujur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

“Penjelasan Tun Dr Mahathir harus diterapkan dalam sanubari untuk meyakinkan penjawat awam dalam memacu pembangunan dan melaksanakan tugas-tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Seorang penjawat awam khususnya pegawai kanan perlu ada keupayaan untuk memberikan nasihat yang betul apabila berlaku sesuatu perkara melibatkan konflik kepentingan agar tugas-tugasan boleh dijalankan dengan amanah.

“Kalau perkara itu betul, katakan ya dan kalau perkara itu salah, perlu berani katakan tidak dalam melaksanakan tugasan. Jangan hanya ikut macam dahulu.

“Cara Dr Mahathir adalah – anda mesti berani menasihat dan berani nyatakan sama ada ia benar atau salah. Saya kira ini betul dan amalan yang cukup baik. Saya cukup gembira,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ali Hamsaperkhidmatan awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Empat Lagi Suspek Kes Samun Kedai Emas Diberkas

Next Post

Kelantan Lepaskan Ghaddar Ekoran Kecederaan ACL

Related Posts

SSPA: Kelayakan Minimum Masuk Perkhidmatan Awam Dinaikkan Kepada SPM

SSPA: Kelayakan Minimum Masuk Perkhidmatan Awam Dinaikkan Kepada SPM

14/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Selari perubahan dasar pendidikan negara dan akses pendidikan menengah atas, had kelayakan minimum bagi kemasukan dalam perkhidmatan...

CUEPACS Hantar Cadangan Penambaikan Perkhidmatan Awam

CUEPACS Hantar Cadangan Penambaikan Perkhidmatan Awam

27/08/2022
0

Alor Setar : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menghantar cadangan berkaitan penambaikan dalam perkhidmatan awam kepada Perdana...

Next Post

Kelantan Lepaskan Ghaddar Ekoran Kecederaan ACL

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd