• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanglung ‘Mohamed Salah’ Laris Di Mesir

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG bola sepak Mesir dan pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL), Mohamed Salah tiba-tiba menjadi popular pada bulan Ramadan.

Peniaga mengambil kesempatan atas popularitinya dengan menjual produk sempena Ramadan seperti tanglung, pelekat, beg dan bantal yang dicetak dengan imej Salah.

Namun pada Ramadan kali ini, tanglung ‘Salah’ merupakan produk paling laris.

“Tanglung ‘Salah’ paling laris. Dia adalah contoh kepada rakyat Mesir ketika ini. Semua rakyat Mesir amat sayangkan Mo’ Salah,” kata peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Omnia.

Salah menjadi ikon penting dalam Islam kerana secara terbuka mempamerkan sentimen emosinya semasa meraikan jaringan di atas padang.

Pemain berusia 25 tahun itu kebiasaannya akan mengangkat tangannya ke langit dan bersujud di atas padang sambil disaksikan ribuan penyokong Liverpool.

Salah menjaringkan 44 gol dalam 51 perlawanan musim ini.

Dia juga dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan PFA, pemain Afrika kedua menerima anugerah itu selepas Riyadh Mahrez pada 2016.

Salah kini merupakan tonggak utama Liverpool menjelang pertemuan dengan Real Madrid pada aksi final Liga Juara-Juara 26 Mei ini. – mStar Online

Tags: Mohamed Salahpeminat bola
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RSN Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Mohamed Salah “You’ll Never Walk Alone”

RSN Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Mohamed Salah “You’ll Never Walk Alone”

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menzahirkan penghargaan terhadap bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah susulan perkembangan terkini...

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

20/11/2023
0

MONROVIA, Liberia: Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd