• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangguh Dulu Janji Manifesto – Dalih Lawak Guan Eng

oleh AK-47
01/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) membuat jenaka apabila memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif Janji 100 harinya sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.

Antara inisiatif yang akan ditangguh pelaksanaannya itu ialah pemberian subsidi petrol bersasar bagi kereta bawah 1,300 cc dan motor di bawah 125 cc, skim caruman KWSP untuk suri rumah dan peningkatan gaji minimum.

Juga janji untuk penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN terhadap graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan pelaksanaan Skim Peduli Sihat.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam dalihnya itu hari ini berkata, semua inisiatif ini hanya akan dilaksanakan kerajaan pusat apabila keadaan kewangan konon bertambah baik.

“Walaupun kerajaan ingin melaksanakan semua janji 100 harinya, namun kerajaan juga ada tanggungjawab fiskal dan tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan dahulu dengan menyebabkan masalah kewangan.

“Ia tentunya akan membawa negara ke arah muflis jika tidak dibendung. Kerajaan akan terus komited untuk memenuhi janji-janji manifesto apabila keadaan kewangan mengizinkan.

Baca BNM Jangka Ekonomi Kekal Kukuh

“Jika keadaan kewangan negara bertambah baik dalam tempoh 100 hari, kita akan laksanakan, tetapi jika tidak kita akan tunggu sehingga baik,” katanya pada sidang media di bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Penangguhan itu sekali gus menghampakan jutaan penyokong tegar mereka yang selama ini mendakwa konon PH jauh lebih baik daripada BN tetapi kini keadaan sudah menjadi sebaliknya pula.

Mengenai harga runcit petrol, Guan Eng berkata harga petrol RON95 dan diesel dikekalkan pada harga semasa iaitu masing-masing RM2.20 dan RM2.18 seliter, manakala harga petrol RON97 pula akan ditetap berdasar harga pasaran dan disemak secara mingguan setiap Khamis bermula 7 Jun ini.

“Bagi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST), Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 akan dibentangkan di Dewan Rakyat sebaik selesai Perbahasan Titah Diraja di dalam sidang Parlimen akan datang,” katanya. – myMetro Online

Tags: inisiatif
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tukar Nama Jadi Tabung World Cup! – Pemuda UMNO

Next Post

Janji Konon Mansuh Bayar Balik PTPTN Ditangguh

Related Posts

Empat Inisiatif Galak Lepasan SPM Sambung Pengajian

Empat Inisiatif Galak Lepasan SPM Sambung Pengajian

04/06/2023
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melaksanakan empat inisiatif bagi memastikan golongan muda negara melanjutkan pelajaran selepas tamat Sijil...

PRU-15: 50 Inisiatif Tekad BN Di Jelebu

PRU-15: 50 Inisiatif Tekad BN Di Jelebu

10/11/2022
0

Jelebu : Sumbangan kewangan RM300 dan 30 kilogram beras kepada pasangan bakal mendirikan rumah tangga dan bantuan awal persekolahan RM200...

Next Post

Janji Konon Mansuh Bayar Balik PTPTN Ditangguh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd