• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang Kereta Api Mesir Meningkat 3 Kali Ganda

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Harga tambang tiket kereta api di ibu negara Mesir meningkat lebih tiga kali ganda untuk jarak tertentu, ketika kerajaannya melaksanakan langkah penjimatan.

Ia sebagai mematuhi pelbagai syarat yang ditetapkan oleh pihak Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kata agensi berita rasmi MENA.

Bagi sembilan hentian pertama, pengguna akan dikenakan tambang asas sebanyak tiga pound Mesir (RM0.67), lima pound Mesir (RM1.11) untuk jarak sehingga 16 hentian.

Manakala maksimum pula sebanyak tujuh pound Mesir (RM1.58) untuk perjalanan melebihi 16 hentian, lapor MENA memetik keputusan Kementerian Pengangkutan.

Sebelum ini, pengguna hanya perlu membayar tambang asas dua pound Mesir (RM0.43) tanpa had hentian sehingga boleh menukar perkhidmatan laluan lain.

Tindakan itu terpaksa dilakukan ketika Mesir meneruskan langkah penjimatan sebagai syarat kepada perjanjian pinjaman IMF sebanyak AS$12 bilion (RM47.41 bilion) selama tiga tahun yang ditandatangani pada lewat 2016.

Selain perkhidmatan kereta api, Mesir turut mengurangkan subsidi serta meningkatkan cukai untuk membendung defisit bajet dan menarik pelabur yang lari susulan kebangkitan pada 2011.

Tindakan kerajaan itu mencetuskan kemarahan penduduk Kaherah yang sudah dibebani peningkatan kos sara hidup, selepas kenaikan dua kali ganda tambang kereta api sebelum ini mencetuskan kemarahan jutaan pengguna. – Reuters/BH ONLINE

Tags: kereta apiMesir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

21/10/2025
0

BEIJING: Kereta api terpantas di dunia, CR450 memulakan siri ujian pra-perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453 km/j, lapor Xinhua. Kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd