• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Pernah Putus Asa, Kaka Akan Terus Menyanyi

oleh
06/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKATAAN ‘putus asa’ tidak pernah wujud di dalam diri penyanyi Kaka Azraff walaupun single baharunya berjudul Kembali gagal menduduki carta lagu popular di radio tempatan.

Bagi pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff berazam untuk terus mengukir namanya dalam bidang seni suara dalam masa yang sama turut terlibat dalam lakonan.

“Istilah kecewa tidak wujud sama sekali dalam diri ini, malah saya lebih bersemangat setelah berada di bawah label Warner Music. Ia menjadi alternatif untuk memperkukuhkan lagi nama dalam bidang nyanyian,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Dalam masa yang sama, Kaka memaklumkan bahawa sebab utama dia kembali aktif dalam lakonan bukanlah kerana kecewa dengan bidang nyanyian.

Sebaliknya dia sangat merindui untuk kembali beraksi di hadapan lensa kamera selepas setahun berehat daripada dunia lakonan.

“Saya sebenarnya amat merindui bidang lakonan kerana tidak mengambil sebarang tawaran berlakon, tahun lalu. Jadi, tahun ini saya seperti membalas dendam.

“Selepas menamatkan penggambaran nanti, saya akan kembali fokus kepada dunia muzik. Malah, album saya dijangka dapat menemui peminat pada hujung tahun ini,” katanya lagi.

Terkini, Kaka sedang berada di negara seberang bagi menjalani satu penggaambaran filem yang merupakan usaha sama produksi Malaysia dan Indonesia.

Malah, penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu turut bakal melancarkan satu lagi single baharunya berjudul Sibuk dalam masa terdekat ini.

“Jika tiada aral, kami akan merakamkan video muziknya pada bulan puasa ini. Selain itu, saya juga bekerjasama dengan beberapa penyanyi tanah air. Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai perkara itu belum boleh dikongsikan ketika ini,” ujarnya lagi.

Selain menjalani penggambaran filem di negara seberang, Kaka turut terikat dengan penggambaran untuk sebuah drama rantaian berjudul Inai Yang Hilang bagi siaran NTV7.

Drama tersebut bakal ditayangkan pada Julai ini serta memperlihatkan Kaka bergandingan bersama Ikmal Amry, Datin Alia Zekri, Ben Amir, Fikri Bakar, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: KAKA ARAFFNetizen
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd