• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Mahu Bergantung, KPMS Projek Akhir Nana-Alif

oleh
17/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAP dilihat dua penyanyi hebat ini bergandingan bersama dalam satu drama dan difahamkan drama Klik! Pengantin Musim Salju merupakan projek terakhir bagi Siti Nordiana dan Alif Satar.

Namun, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana itu akui bahawa ramai peminat gemarkan gandingan mereka bersama tetapi ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak mahu dia terus bergantung dalam industri lakonan disebabkan Alif semata-mata.

“Saya yakin Alif memahaminya kerana saya sendiri harus lebih terbuka untuk bergandingan dengan barisan pelakon lelaki lain.

“Setakat ini, selepas Allahyarham Achik Spin boleh dikatakan lakonan saya serasi bersama Alif dan Fikry Ibrahim saja,” katanya ketika ditemui oleh portal HMetro.

Bagaimanapun, perkara itu membuatkan Nana terus mencari peluang bagi membuktikan bahawa dia mempunyai bakat besar dalam dunia lakoann dan mampu untuk bergandingan dengan mana-mana pelakon lelaki sekalipun.

Dalam masa yang sama, penyanyi lagu Hatiku Milikmu itu menolak dakwaan kononnya wujud isu isteri kepada Alif berasa cemburu dengan kemesraan mereka ketika di set penggambaran.

https://www.instagram.com/p/Bi0hmiznRuL/?taken-by=sitinordiana

“Saya sekadar mahu mencuba dan timba pengalaman berlakon dengan pelakon lain pada masa akan datang. Ia tidak ada kaitan langsung dengan sebarang masalah di lokasi dengan Alif.

“Sepanjang kerjasama saya dan Alif dalam drama Klik! Pengantin Musim Salju sangat profesional. Begitu juga hubungan baik saya dengan isteri Alif yang memahami tuntutan karier suaminya dan dia pun tak cemburukan kami langsung,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, drama pertama yang telah menaikkan nama Nana ialah ketika dia dan Alif menjayakan drama Dia Semanis Honey sekitar tahun 2016 lalu dan ia telah mencetuskan fenomena ramai peminat drama Melayu.

Disebabkan itu, drama berkenaan telah menjadi sebutan ramai kerana tidak mempunyai sebarang babak sentuhan langsung antara pelakon utama.

Malah, ia turut diangkat ke pentas teater di Istama Budaya (IB) sekitar Januari tahun lalu. Kini, mereka berdua telah muncul dengan single pertama duet berjudul Sebenarnya.

Malahan konsert pertama gandingan kedua-dua penyayi hebat itu akan berlangsung di Singapura pada 31 Ogos tahun ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: alif satarNetizenSiti Nordiana
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Kata Wan Azizah Tolak Jadi PM

Next Post

4 Samurai Mati Serang Ibu Pejabat Polis Riau

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

01/06/2023
0

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman difailkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau dikenali Nana, terhadap lima individu termasuk...

Next Post

4 Samurai Mati Serang Ibu Pejabat Polis Riau

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd