• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Ajak Bekas Lawan Bangunkan Muar

oleh Ahmad Albab
10/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Pemenang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengajak bekas lawannya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk bekerjasama dengan beliau membangunkan daerah itu.

Syed Saddiq berkata dirinya tidak akan sekali-kali mengamalkan politik dendam malah menganggap bekas lawan daripada UMNO dan PAS tersebut mempunyai peranan masing-masing dalam rancangan pembangunan Muar dan Malaysia.

“Kepada lawan saya di Muar, saya menghulur tangan persahabatan dan kerjasama ke arah membangunkan dan memajukan Muar sebagai Mutiara Johor.

“Saya percaya impian dan harapan saya menjadikan Muar sebagai enjin ekonomi Utara Johor akan lebih cerah andai kerjasama erat dicapai antara semua,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Lulusan Sarjana Muda Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu turut menjelaskan bahawa penglibatannya dalam politik bukanlah untuk mendapatkan kedudukan tetapi untuk membela anak muda.

“Saya masuk untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat supaya tidak akan ada mana-mana pemimpin politik atau parti politik yang akan terlalu berkuasa.

“Saya masuk untuk memastikan Malaysia bangkit sekali lagi sebagai harimau Asia. Bersama-sama, kita boleh lakukan yang mustahil wahai saudara senegaraku,” kata anak muda yang pernah bergelar Pendebat Terbaik Asia sebanyak tiga kali itu.

Pada PRU14 semalam, Syed Saddiq, calon Pakatan Harapan daripada PPBM yang bertanding atas tiket PKR, menewaskan penyandang Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN-UMNO) dan pencabar Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU14 Mesej Jelas Rakyat Untuk UMNO, BN Muhasabah

Next Post

Angkat Sumpah MB Terengganu Malam Ini

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

Next Post

Angkat Sumpah MB Terengganu Malam Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd