• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syamsul Debat Nafi Konon Sudah Keluar UMNO

oleh
20/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANGKAL… Penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat, menjelaskan beliau masih bersama UMNO walaupun telah melepaskan semua jawatan dalam parti.

Menurutnya yang juga seorang pendakwah bebas, banyak pihak mungkin salah faham dan menyangka beliau keluar UMNO berikutan kenyataannya yang disiarkan menerusi laman Facebook, ‘Syamsul Amri Ismail Official’ hari ini.

“Saya masih lagi bersama-sama dengan UMNO. Bagaimanapun saya cuma melepaskan semua jawatan dalam parti bagi memberi laluan kepada individu lain pula. Saya telah diminta bertanding dalam pemilihan UMNO akan datang.

“Tetapi saya secara kebetulan pula agak sibuk dengan jadual pelbagai ceramah dan mahu memberi perhatian kepada Pertubuhan Alumni Debat Malaysia,” kata Syamsul, 41, ketika ditemui pihak media di Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam kenyataannya semalam, beliau dilaporkan mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam UMNO kerana mengambil tanggungjawab ekoran kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 baru-baru ini.

Syamsul sendiri malahan tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dalam PRU14 pada 9 Mei lepas kepada calon PKR, Aminuddin Harun yang juga penyandang dan kemudian dilantik sebagai menteri besar baharu.

Untuk rekod, Syamsul ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Cawangan Panchor, Ketua Penerangan UMNO Cawangan Panchor dan Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Tags: Syamsul Debat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syamsul Debat Nafi Politik Jejas Reputasi Penceramah

25/06/2018
0

TANGGAPAN bahawa arena politik hanya membunuh kerjaya sebagai penceramah dinafikan oleh penceramah motivasi Syamsul Amri Ismail yang lebih dikenali Syamsul...

Boleh Tapi Tak Mahu Watak Kontroversi – Syamsul

25/06/2018
0

BERMULA sebagai personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Debat kini sedang diintai oleh ramai pengarah tempatan selepas kemunculannya dalam filem...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd