• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Perkenan Azmin Sebagai MB

oleh Ahmad Albab
10/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan untuk melantik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istiadat pelantikan dan angkat sumpah menteri besar Selangor akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, pukul 3 petang esok.

“Sultan Selangor juga berkenan supaya pentadbiran kerajaan negeri Selangor dibentuk secepat mungkin selepas mendapat mandat daripada rakyat demi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri dan keharmonian serta kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Munir berkata Mohamed Azmin telah menghadap Sultan Sharafuddin pada pukul 12 tengah hari untuk menyembah maklum kepada baginda mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Selangor dan situasi semasa dalam pimpinan Pakatan Harapan.

Menurutnya, Mohamed Azmin juga telah menyembah maklum kepada baginda bahawa beliau telah mendapat sokongan daripada anggota-anggota Dewan Negeri Selangor bagi parti Pakatan Harapan untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 23 September 2014.

Pada PRU14, Mohamed Azmin berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dengan majoriti 25,512 undi dan kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 48,721 undi.

Pada pilihan raya umum itu, Pakatan Harapan kekal memerintah Selangor apabila mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN.

Sementara itu, BN kehilangan lapan daripada 12 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU13 dan PAS hanya mampu memenangi satu berbanding 12 kerusi DUN yang dimenangi sebelum ini. – BERNAMA

Tags: Azmin AliSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Aktiviti penternakan babi tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan ketat terutama berhampiran kawasan penempatan penduduk. Memetik laporan...

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan

08/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Istana Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd