• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Spesies Semut Baru Ditemui ‘Echinopla Tunku-Abduljalilii’

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar perkenan menamakan spesies semut Echinopla baharu yang ditemui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii.

Ketua Pusat Pemeliharaan dan Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Semula Jadi (CoR-SUNR), Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi UTHM, Prof. Datin Dr. Maryati Mohamed berkata spesies baharu daripada jenis kumpulan Echinopla itu dikutip daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang dekat Labis, Mei tahun lepas.

“Terdapat 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia dan spesies baharu ini merupakan spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi telah dijumpai di Kota Tinggi.

“Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla yang baharu ini tidak mempunyai bulu,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi menghargai kejayaan pertama CoR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu, Canselor UTHM iaitu Sultan Ibrahim telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan.

“Atas perkenan penamaan spesies ini, International Code of Zoological Nomenclature (IZCN) iaitu sebuah badan antarabangsa yang menguruskan penamaan spesies baharu akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan sekali gus rasmilah nama Echinopla Tunku-Abduljalilii ini,” katanya.

Maryati berkata nama spesies baharu itu akan terus kekal dan hanya akan hilang sekiranya mengalami kepupusan dan jelasnya sebelum ini terdapat penamaan spesies berkaitan dengan keluarga diraja iaitu Rafflesia Tengku-Adlinii yang pernah ditemui di Sabah.

Sehingga kini terdapat 16,000 spesies semut yang telah dinamakan secara saintifik dan terdapat lebih kurang 33 spesies dalam kumpulan jenis Echinopla yang terdapat di Australia, Filipina, Papua New Guinea, Indonesia, India dan Malaysia. – BERNAMA

Tags: semutSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd