• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Hoki Tekad Beraksi Di Sukan Olimpik

oleh AK-47
23/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DATUK Seri Subahan Kamal mengulangi pendiriannya untuk melepaskan jawatan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sekiranya skuad hoki lelaki negara gagal layak beraksi di Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Bagaimanapun tegas Subahan yang menggalas tugas itu sejak 2015, beliau yakin dengan pelbagai perancangan dan sokongan, Malaysia mampu layak secara automatik, sekali gus menamatkan badi gagal layak ke temasya sukan terbesar dunia itu sejak membuat penampilan terakhir pada edisi 2000 di Sydney.

“Kelayakan Olimpik umpama misi hidup dan mati. Sekiranya pasukan kebangsaan gagal ke Olimpik, maka saya secara ikhlas akan melepaskan jawatan,” kata Subahan.

“Saya katakan begitu kerana kami sebenarnya cukup yakin Malaysia mampu layak ke Sukan Olimpik.”

Menurut Subahan, apa sahaja jenis sukan, pihak pengurusan dan jurulatih pastinya akan melakukan yang terbaik bagi membantu atlet mereka memenuhi sasaran ditetapkan.

“Tapi akhirnya terpulang kepada pemain. Program Podium memberikan sokongan kepada kita terutama untuk layak ke Sukan Olimpik menerusi Sukan Asia di Indonesia.

“Jadi dengan semua sokongan, termasuk kewangan yang dilaburkan ke atas barisan pemain, secara logiknya saya berasakan tiada sebab mengapa kita tidak boleh layak ke Sukan Olimpik,” katanya.

Malaysia mempunyai dua cara untuk layak ke Sukan Olimpik. Pertama dengan memenangi pingat emas Sukan Asia di Indonesia, Ogos ini selain menerusi kempen kelayakan Siri Hoki Dunia. – myMetro Online

Tags: hokiOlimpik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Terima Atlet Israel, Malaysia Mungkin Hilang Hak Tuan Rumah

31/12/2021
0

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberi amaran Malaysia mungkin hilang hak menjadi tuan rumah acara sukan pada masa depan jika ia...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd