• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Ucap Tahniah Kepada Tun M Sebagai PM

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

“Saya mengucapkan selamat berjaya kepada Tun (Dr) Mahathir dan pasukannya, dan berharap untuk bertemu dengan beliau tidak lama lagi,” kata Lee menerusi catatan terkini dalam laman Facebooknya.

“Malaysia ialah rakan penting Singapura, dan rakyat kita mempunyai ikatan yang kukuh dan mendalam. Saya menaruh harapan untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir dan kerajaan baharu demi meningkatkan kerjasama. Kita boleh melakukan yang lebih baik secara bersama,” kata beliau dan mengakhiri catatan dengan singkatan nama LHL.

Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia yang ketujuh di Istana Negara di Kuala Lumpur untuk mencipta sejarah sebagai perdana menteri tertua di dunia yang terpilih.

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata rakyat Malaysia telah memberikan mandat yang jelas kepada kerajaan baharu untuk memimpin negara.

“Malaysia ialah jiran Singapura yang terdekat dan rakan penting. Kita menjalin hubungan yang rapat dan kerjasama yang luas dengan kerajaan Malaysia termasuk dengan kerajaan Tun (Dr) Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

“Kami menaruh harapan untuk bekerjasama dengan Tun (Dr) Mahathir dan kerajaan baharu Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala demi kepentingan rakyat kita,” kata beliau dalam satu kenyataan. – BERNAMA

Tags: Lee Hsien Loong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peningkatan Inflasi Masalah Paling Serius Buat Dunia

23/05/2022
0

SINGAPURA: Inflasi bakal menjadi masalah paling serius kepada dunia sekiranya pendekatan berkesan tidak diambil segera. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Perkara itu disampaikan...

PM Ismail Sabri Mulakan Lawatan Rasmi Ke Singapura

29/11/2021
0

SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan rasminya ke Singapura hari ini dengan menghadiri majlis sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd