• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Caj Parkir Dalam Sekolah Termasuk Guru

oleh
27/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI… Sudahlah bayar parkir pada Ahad dan cuti umum, Singapura kali ini gempar apabila pemerintah bertegas mewajibkan guru dikenakan caj letak kereta dalam kawasan sekolah sendiri.

Media tempatan melaporkan, langkah aneh ini bakal dikuatkuasakan Kementerian Pendidikan Singapura mulai 1 Ogos depan melibatkan kesemua 360 buah sekolah rendah, menengah dan maktab di seluruh republik tersebut.

Lebih 13,000 guru sudah pun dimaklumkan pihak pengurusan sekolah mengenai tindakan pelik itu sejak bulan lalu dan kadar caj ditetapkan adalah murah sedikit daripada parkir di kawasan flat awam diuruskan pihak berkuasa.

Menurut akhbar The Straits Times, kos parkir bermusim di kawasan terbuka akan dikenakan S$75 (RM223) sebulan sepanjang penggal persekolahan serta S$15 (RM45) sebulan ketika cuti penggal pada Jun, November dan Disember.

Manakala kadar parkir kereta di kawasan tertutup dalam kawasan sekolah ditetapkan seragam sebanyak S$100 (RM298) sebulan pada tempoh penggal persekolahan dan hanya S$20 (RM60) sebulan ketika cuti penggal terbabit.

Namun, guru yang menunggang motosikal kena caj S$13 (RM38) sebulan di parkir terbuka dan S$2 (RM6) sebulan ketika cuti penggal sementara tempat tertutup masing-masing S$14 (RM42) dan S$3 (RM9) semasa cuti penggal.

Menteri Pendidikan Singapura, Ong Ye Kung, menerusi catatan dalam laman sosial Facebook menyatakan konon kutipan bayaran tempat letak kereta di sekolah dilakukan bagi menegakkan nilai disiplin diri semua warga pendidik.

“Kita perlu hormati sistem semak dan imbang dalaman. Kita tidak boleh memilih dapatan yang mahu ditangani atau dipatuhi. Ini juga adalah bagi menegakkan disiplin diri guru,” menurut catatan dalam akaun rasmi beliau semalam.

Ia sebagai respons kepada ucapan Anggota Parlimen bagi kerusi berkelompok Marine Parade yang juga Timbalan Speaker Parlimen Singapura, Seah Kian Peng pada persidangan Parlimen mengenai keputusan kontroversi itu.

Beliau semasa membahaskan Ucapan Presiden Singapura pada 18 Mei lalu berkata, keputusan janggal itu sebagai satu ‘penghinaan’ terhadap guru yang sudah membelanjakan wang dan luang masa mereka sendiri demi pelajar.

Baca: Murid Sekolah Rendah Singapura Tidak Cukup Tidur

Juga: Akibat ‘Lesu’ Seks, Singapura Tutup Banyak Sekolah

“Tidak semua dasar pemerintah perlu merujuk kepada nilai harga. Kita perlu, dalam struktur sedia ada, beri lebih ruang kepada nilai moral, hubungan dan kepercayaan,” kata beliau dalam satu ucapan yang tular di media sosial.

Kian Peng malah menggesa Kementerian Kewangan Singapura supaya ambil kira “had harga, kos dan perbelanjaan, sebagai proksi nilai” serta meminta supaya ia buat “pertimbangan moral sebagai satu bentuk perbahasan yang sah”.

Bagaimanapun Ye Kung menerusi catatannya itu menulis: “Saya juga memberitahu beliau bahawa saya bersetuju dengannya yang kita tidak boleh membenarkan diri kita untuk melihat sesuatu hanya dari sudut kewangan saja.”

Justeru beliau berkata terdapat semak dan imbang dalam sistem tadbir urus Singapura, yang salah satu daripadanya ialah pemeriksaan Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) terhadap ketirisan amalan berkaitan penggunaan dana awam.

Laporan Tahun Kewangan 2014/2015 AGO menunjukkan beberapa institusi pendidikan tidak mengenakan yuran atau caj terlalu rendah bagi tempat meletak kereta di kampus mereka. dan disifatkan sebagai “subsidi tersembunyi”.

Ia jelas melanggar garis panduan pemerintah bagi pegawai awam. Setelah melakukan semakan teliti, Kementerian Pendidikan mengumumkan pada Mac lalu, bahawa sekolah akan mula mengenakan caj mengikut kadar pasaran.

“Sejajar dengan dasar gaji telus Jabatan Perkhidmatan Awam Singapura, satu kadar bayaran bermusim yang sesuai bagi tempat meletak kereta di sekolah-sekolah akan dikenakan mulai Ogos depan,” menurut kementerian itu.

Langkah itu mencetuskan bantahan dalam kalangan masyarakat umum dan ramai menyokong guru tidak dikenakan bayaran tetapi kementerian tetap dengan keputusannya memandangkan ia perlu mematuhi teguran laporan AGO.

“Kami sudah jelas kepada pendidik tentang perlu patuh dasar gaji telus dan tidak boleh beri manfaat kepada hanya sekumpulan guru yang memandu. Parkir percuma juga bercanggah dengan khidmat awam lain,” kata Ye Kung.

Beliau malah menambah langkah tersebut bagaimanapun tidak sekali-kali melenyapkan penghargaan pihak pemerintah terhadap sumbangan pendidik dalam membina kemajuan Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd