• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Salah Laku Pembentukan Kerajaan Sabah

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan persekutuan akan menyiasat jika terdapat sebarang salah laku dalam pembentukan kerajaan negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata ada bukti berlakunya manipulasi dan penggunaan wang untuk menyertai.

“Anda akan dapati ada orang yang lompat parti jika mereka mahu atas sebab prinsip tetapi jika mereka dibeli, kami tidak akan mengiktiraf itu sebagai cara bertukar parti yang betul.

“Kami akan siasat. Jika kami dapati ada elemen rasauh dan wang dibayar kepada mana-mana menteri atau orang lain untuk menyertai, kami anggap ini sebagai rasuah,” katanya pada sidang media di sini.

Mahathir berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat seolah-olah menutup mata terhadap amalan rasuah sepanjang pilihan raya dan siasatan sewajarnya perlu dilaksanakan untuk menangani isu itu.

“Kami akan lakukan siasatan sewajarnya terhadap semua perkara ini kerana kami mahu mematuhi kedaulatan undang-undang.

“Kami bukan membalas dendam tetapi terdapat banyak kegagalan di mana kami dapati ada orang menggunakan wang untuk membeli sokongan, itu juga dianggap sebagai rasuah sama seperti membeli anggota-anggota parti untuk memperoleh majoriti,” katanya.

Mahathir berkata kerajaan akan memohon bagi penyiasatan dilakukan sekiranya ada bukti bahawa ada individu memenangi pilihan raya secara rasuah dan akan mengisytiharkan pemilihan itu sebagai tidak sah. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd