• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siap Sedia Hadapi Serangan Saat Akhir Pembangkang

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Berbaki 48 jam untuk berkempen, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar jentera Barisan Nasional (BN) bersiap sedia berdepan “serangan” mengejut saat akhir daripada pembangkang selain memanfaatkan tempoh itu untuk meraih sokongan di peringkat akar umbi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau terhidu sesuatu yang disembunyikan pembangkang apabila tempoh kempen memasuki hari kesembilan hari ini.

“Apa sahaja boleh berlaku di kedua-dua pihak, baik pembangkang atau BN dalam tempoh 48 jam berbaki.

“Jangan menoleh ke belakang atau memandang kiri dan kanan, bagi sampai ke garisan penamat. Kalau kita bekerja bersungguh-sungguh dan bijaksana untuk memenangi minda dan hati rakyat, mereka akan terus bersama BN.

“Semua petugas perlu menemui pengundi… Selain tumpu kepada pengundi tegar (BN) kita perlu dapat pengundi atas pagar dan ia adalah satu bonus kepada BN,” katanya pada satu sidang media selepas menghadiri program bersama masyarakat India, anjuran MyPPP di sini hari ini.

Ahmad Zahid juga menyarankan semua jentera BN baik Jalinan Rakyat (JR) Plus, Pemuda, Puteri, media sosial dan jentera di Pusat Daerah Mengundi (PDM) perlu meningkatkan usaha kerana ini adalah pusingan terakhir sebelum sampai ke garisan penamat iaitu 12 tengah malam pada 8 Mei ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata antara pendekatan BN adalah untuk berkempen dalam kumpulan kecil, secara bersemuka dan juga melalui media konvensional dan online.

Katanya pembangkang gemar melancarkan serangan saat-saat akhir dengan pelbagai fitnah dan pembohongan.

“Tunggu tindakan yang akan diambil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Polis Diraja Malaysia… Ini bukan satu amaran tetapi tindakan akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yakin pengundi atas pagar adalah bersama BN dalam PRU14.

“Kita tidak pandai kutuk orang. Kita tidak pandai melakukan serangan peribadi… Biarlah kita menang dengan bergaya dan baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

18/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli dan penyokong parti supaya...

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

13/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai masa terbaik untuk UMNO mempertimbangkan kedudukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd